• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPN Pandang Serius Laporan Pegawainya Turut Terbabit

oleh Ahmad Albab
27/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memandang serius laporan Al Jazera pada Jumaat lalu yang turut mengaitkan pegawai JPN dengan sindiket penjualan bayi di negara ini.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Mohd Yazid Ramli berkata JPN tidak akan berkompromi sekiranya betul pegawai JPN terbabit dalam perkara itu.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya dakwaan tersebut didapati benar,” kata Mohd Yazid dalam satu kenyataan.

Laporan di bawah tajuk ‘Malaysian Babies For Sales’ itu turut menyebut soal pemalsuan dokumen kelahiran bayi dengan dibantu pegawai yang berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Negara,

Beliau juga berkata JPN mendaftar setiap kelahiran kanak-kanak tanpa prejudis dan tanpa mengira status kanak-kanak tersebut.

“Sekiranya syarat permohonan dipenuhi dan dokumen yang dikemukakan semasa permohonan adalah teratur dan lengkap, permohonan itu boleh diterima dan diproses untuk pengeluaran sijil kelahiran,” kata Mohd Yazid.

Beliau menambah setiap pendaftaran kelahiran yang dilaksanakan di kaunter pendaftaran akan disemak oleh pegawai penyelia, dengan merangkumi dokumen asal dan salinannya, borang serta maklumat yang telah direkodkan di dalam sistem.

“Sekiranya semakan tersebut mendapati ianya lengkap, teratur dan sempurna, barulah sijil kelahiran akan dikeluarkan oleh penyelia. Jika permohonan tidak lengkap atau tidak memenuhi prosedur, permohonan pendaftaran kelahiran akan ditangguh sehingga pemohon dapat melengkapkan dokumen serta maklumat yang diperlukan.

“Jika terdapat keraguan, permohonan akan dirujuk ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan untuk siasatan lanjut,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: bayiJPN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd