Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

YouTube Kids Jadi Aplikasi...

WASHINGTON DC - Pengendali laman perkongsian video popular di dunia, YouTube akan melancarkan...

Kelantan Akui Ketirisan Pungutan...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan hari ini mengakui berlakunya ketirisan dalam pungutan doket...

‘Stress’ Sampai Pandu Kereta...

SUASANA di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, hari ini bertukar kelam-kabut...

Saya Akan Pastikan Janji...

BARAM (Sarawak) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi...

JPN Melaka Tahan 13 Warga Asing Miliki MyKad

MELAKA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka menahan 13 lelaki warga asing kerana memiliki kad pengenalan palsu dan kad pengenalan orang lain dalam Ops Bersepadu ID di lapan premis di sekitar Melaka Tengah di sini, awal pagi tadi.

Pengarahnya, Norazle Sulaiman berkata mereka terdiri daripada 12 warga Indonesia dari Sulawesi dan seorang warga Filipina dari Zamboanga.

Mereka ditahan di premis kediaman termasuk rumah kedai di sekitar Tambak Paya, Tiang Dua, Taman Merdeka, Paya Rumput dan Sungai Udang itu dalam operasi lebih empat jam bermula 12 tengah malam tadi.

Beliau berkata operasi berkenaan dijalankan berikutan aduan orang awam dan risikan hampir sebulan.

“Siasatan awal mendapati 12 daripada lelaki warga asing berkenaan memiliki kad pengenalan palsu dan seorang lagi memiliki kad pengenalan orang lain.

“Semua warga asing itu lingkungan 19 hingga 40 tahun yang bekerja di kilang dan tapak pembinaan dipercayai memiliki kad pengenalan palsu yang dibeli daripada sindiket dipercayai aktif di luar Melaka,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke JPN Melaka untuk proses dokumentasi serta siasatan lanjut sebelum mendapatkan perintah reman daripada mahkamah.


Katanya kes disiasat mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak lebih daripada RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Norazle berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Melaka menahan dan mendakwa 17 pendatang tanpa izin terdiri daripada 12 lelaki dan lima wanita yang memiliki kad pengenalan palsu sejak Januari sehingga semalam.

Mereka merupakan 14 warga Filipina dan tiga warga Indonesia.

“Kini mereka sedang menjalani hukuman penjara dan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tujuan pengusiran dari negara ini setelah hukuman penjara mereka selesai,” katanya.

Beliau berkata JPN Melaka melakukan operasi dan pemeriksaan dokumen pengenalan diri secara berterusan di lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan penempatan warga asing sekali gus disyaki menyalahgunakan dan memalsukan dokumen JPN terutama kad pengenalan dan sijil kelahiran. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori