• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Ambil Tindakan Kesalahan Tatatertib Anggota, Pegawai

oleh AK-47
24/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sebanyak 102 kes melibatkan kesalahan tatatertib anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diambil tindakan sejak tahun lepas.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron berkata daripada jumlah itu, sebanyak empat kes membabitkan integriti dikesan dan anggota serta pegawai yang terlibat telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi siasatan dan tindakan lanjut.

Beliau berkata kesalahan lain yang diambil di bawah tindakan tatatertib ialah kesalahan jenayah dan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) JPJ.

“Kesalahan membabitkan integriti dalam kalangan anggota dan pegawai JPJ dikesan di bawah Pelan Pengurusan Risiko Rasuah yang dilaksanakan jabatan sejak tahun lepas.

“Pelaksanaan pelan itu menjadikan JPJ sebagai jabatan pertama yang diiktiraf SPRM kerana mempunyai Pelan Integriti Risiko Rasuah bagi memastikan tidak berlakunya ketirisan dan salah guna kuasa dalam kalangan anggota dan pegawai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penutupan Kursus Asas melibatkan 122 anggota, pegawai, penolong pegawai dan pembantu penguat kuasa yang disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Saripuddin Kasim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nadzri berkata pelan berkenaan akan dipantau Jawatankuasa Integriti Nasional dan JPJ akan memastikan integriti jabatan itu sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata melalui pelan itu juga, hanya anggota dan pegawai yang mempunyai integriti yang tinggi akan ditempatkan di lokasi atau tempat yang terdedah dengan risiko terlibat dalam aktiviti salah guna kuasa atau rasuah.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan berhubung kemalangan maut yang menimpa anggota penguat kuasanya Mohd Ridzuan Yusoff, 34, yang bertugas di JPJ Shah Alam ketika sedang melakukan operasi semalam.

“Kita akan teliti laporan itu terlebih dahulu dan sekiranya ada kelemahan yang perlu diperbaiki, kita akan lakukan agar kejadian ini tidak berulang,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas digilis treler berhampiran Plaza Tol Setia Alam di Shah Alam, Selangor. – BERNAMA

Tags: Datuk Nadzri SironJPJKesalahan Tatatertib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd