Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

1MDB: Penghantar Surat Bebas...

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret di sini, hari ini memerintahkan seorang penghantar surat dibebaskan...

Ditangkap Kerana Nama Anjing...

HAIWAN kesayangan lazim diberi nama lucu atau unik oleh pemiliknya, namun lelaki berasal...

JDT II Lonjak Ke...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) memintas Kedah untuk...

Pengusaha Bauksit Akur Arahan...

KUANTAN - Tidak ada sebarang pelanggaran arahan moratorium perlombongan bauksit yang dikesan berlaku...

JIM Perlu Kerja Keras Beri Penerangan Berkaitan Bankrap

TAWAU – Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) perlu bekerja keras memberi penerangan kepada masyarakat bagi mengelak seseorang daripada dijatuhkan perintah bankrap.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata usaha memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat mengenai perkara itu perlu dilaksanakan dengan kerap.

“Penerangan daripada JIM juga penting untuk membantu seseorang bankrap supaya dapat segera keluar daripada permasalahan itu,” katanya ketika berucap merasmikan program Hari Bersama Pelanggan JIM Tawau di sini hari ini.

Beliau berkata menjadi tugas utama agensi kerajaan seperti JIM untuk membantu memberi pengetahuan agar masyarakat maklum mengenai perkhidmatan disediakan jabatan itu.

“Diharap program sedemikian diteruskan dan kita mahu semua rakyat Malaysia tahu apa tugas JIM bagi memudahkan masyarakat meminta bantuan di masa hadapan,” katanya.


Terdahulu, Ketua Cawangan JIM Tawau Mohaidy Tabin berkata statistik kebankrapan di daerah itu sejak 2012 hingga Oktober tahun ini merekodkan seramai 868 orang bankrap yang diterima dari Mahkamah Tinggi Tawau.

“Daripada jumlah ini, hanya 32 kes sahaja yang berjaya mendapat Perintah Pembatalan dan Perintah Pelepasan manakala yang lain masih dalam tadbiran JIM,” katanya lagi.

Menurutnya usaha bagi mengurangkan kes kebankrapan rancak dijalankan pihaknya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori