Saturday, November 9, 2024

Creating liberating content

Tony Pua Perlu Berani...

IPOH - Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua perlu menyahut cabaran berdebat...

Kamalanathan Serah Laporan Penyebaran...

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P.Kamalanathan hari ini menyerahkan laporan rasmi berhubung...

Taiwan Bina Taman Tema...

TAIWAN – Sebuah taman tema seks yang pertama di Taiwan akan dibuka. Ia dibina...

Dua Bot TLDM Berlanggar...

LUMUT : Dua buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berlanggar ketika melakukan...

Janna Nick Tak Peduli Dikritik Isu Muzik-Muzik

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Janna Nick berkata dia tidak ambil peduli mengenai kritikan orang selepas dikatakan cuba berdolak-dalik untuk bertanding dalam peringkat separuh akhir Muzik-Muzik (MM) 31 menerusi lagu Mungkin Saja.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 21, berkata, pendirian itu bukan sengaja dilakukan untuk mencari publisiti atau gimik sebaliknya, dia kurang yakin untuk bertanding dalam acara besar tersebut.

“Selagi saya tahu apa yang saya buat, saya tidak peduli apa orang nak cakap. Memang sebelum ini saya berat hati dan rasa macam nak tarik diri sebab tak yakin dan rasa tak layak tetapi lepas berbincang saya batal hasrat itu.

“Saya tidak perlu panik, risau atau terlalu memikirkan benda-benda remeh begitu sebab saya tahu apa yang saya buat,” katanya kepada mStar Online.

Janna Nick Tak Peduli Dikritik Isu Muzik-Muzik
Janna Nick

Pelakon telefilem Trauma itu dikecam berikutan kenyataan dia yang pada awalnya enggan menyertai separuh akhir MM31 dan kemudian berubah fikiran pula pada minggu lalu.

Dalam kenyataan sebelum ini, Janna difahamkan berhasrat untuk menarik diri kerana tidak yakin dan berasa kurang layak bertanding.

Katanya, dia menganggap dirinya bukan penyanyi profesional tetapi sekadar menyanyikan lagu ciptaan Kuncidemak itu untuk suka-suka saja.


Ekoran itu, Janna dikritik kerana membuat gimik murah untuk publisiti semata-mata.

Mengulas lanjut, Janna berkata, pengalamannya yang sering berdepan pelbagai kontroversi sebelum ini mengajarnya untuk tidak mudah melatah.

“Pada saya tak payahlah nak melatah… Dulu, mungkinlah saya beria-ia nak mempertahankan diri kononnya berani kerana benar.

“Sekarang ini rasanya lebih baik berdiam. Yang penting jaga diri dan kerja saja. Yang suka pada kita akan tetap suka manakala yang tak suka akan tetap tak suka,” katanya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori