• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tarik Diri: Fara Fauzana Sengaja Perli Elly Mazlein?

oleh AK-47
14/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA tak habis-habis lagi isu penarikan diri Elly Mazlein dari program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) menjadi bualan hangat di kalangan penggemar industri hiburan tanah air sejak dua menjak ini.

Yang terbaharu, pengacara Muzik-Muzik, Fara Fauzana pula menerima kecaman daripada peminat setia Elly apabila Fara dikatakan sengaja ‘memerli’ penyanyi kesayangan mereka itu.

Menerusi program live Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-31 yang berlangsung Jumaat lalu, Fara ada mengungkapkan sepotong ayat berbunyi, “Tok Ram (Datuk Ramli MS) jangan risau, tiada yang tarik diri di dalam program ini.”

Ayat itu diucapkan Fara saat memperkenal barisan juri yang mengadili senarai lagu untuk memasuki peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-31 yang bakal berlangsung Januari depan.

‘Sentap’ dengan ‘gurauan’ manja Fara, Elly terus meninggalkan komen di ruangan Instagram Fara, “Terima kasih @therealfafau. Nah bunga untuk awak. Meh nak cium sikit. Cuba lagi tau. Perli tadi tu tak berjaya sampai ke tulang kakak Lina.”

elly

Isu penarikan diri Elly sebelum ini dikatakan susulan penyanyi itu terasa hati dengan komen yang dilemparkan oleh Tok Ram sebaik sahaja dia selesai menjayakan persembahan minggu keempat GV3.

Elly juga mengatakan pintu hatinya sudah tertutup untuk menyertai semula GV3 sekiranya imuniti berpihak kepadanya di masa akan datang.

Baca: Sudah Tertutup Hati, Elly Takkan Sertai Balik GV3

Dalam konsert minggu kelima GV3 semalam, Shidi Data tersingkir walaupun memberikan persembahan yang cukup baik menerusi lagu Ratuku nyanyian asal Awie.

GV3 diadili juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan, Datuk Zainal Abidin. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ELLY MAZLEINGegar VaganzakontroversimyArtispenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Lelaki Ditahan, Polis Rampas Dadah Bernilai RM407,000

Next Post

PAS Minta Rakyat Yakini Dasar Kerajaan

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

Next Post

PAS Minta Rakyat Yakini Dasar Kerajaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd