Sudah Tertutup Hati, Elly Takkan Sertai Balik GV3

PENYANYI Elly Mazlein menyatakan pendiriannya yang tidak akan kembali semula memasuki pertandingan nyanyian Gegar Vangaza musim ketiga (GV3) sekiranya terdapat sistem kemasukan semula selepas ini.

Menurut Elly, dia percaya dengan ketentuan rezeki Ilahi yang mungkin perjuangannya sampai setakat minggu keempat GV3 sahaja.

Baca: Elly Mazlein Mahu Tarik Diri Sebelum Diumum Tersingkir

Dipetik BH Online, Elly menjelaskan, “Tidak, saya takkan terima walaupun ada kemungkinan diserap masuk ataupun menerusi sistem imuniti daripada penaja. Jika bukan di sini, mungkin rezeki saya ada di luar sana. Saya akan teruskan kerjaya nyanyian dan lakonan saya seperti biasa selepas ini.”

Elly sebelum ini membuat pengakuan dia mengambil keputusan untuk menarik diri dari GV3 kerana terasa hati dengan kritikan ‘kasar’ juri tetap, Datuk Ramli MS ketika mengulas mengenai persembahan duetnya dengan Acong, Ahad lalu.

Selepas Elly menarik diri, kini hanya tinggal sembilan peserta tinggal  iaitu Gmie, Shidi, Ameng, Zarul, Intan Sarafina, Azharina, Nora, Zur Eda dan Siti Sarah bagi merebut gelaran juara GV3. – MYNEWSHUB.CC

Sudah Tertutup Hati, Elly Takkan Sertai Balik GV3

Loading...