• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Husam Sudah Tak ‘Original’ – Exco Kerajaan PAS Kelantan

oleh Ahmad Albab
05/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Datuk Husam Musa hari ini bukan lagi YB Dato Husam Musa yang ‘original’ yang saya pernah kenali begitu lama”

Itu pandangan jujur Exco Kerajaan PAS Kelantan, Datuk Annuar Tan Abdullah mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa sejak menyertai Parti Amanah Negara (PAN)

Kata beliau, Husam sewaktu berada dalam PAS berhujah dengan fakta yang bernas, fokus dan tidak pernah cuba ‘implicate’ melibatkan orang lain yang tidak berkenaan di dalam semua isu.

Justeru, katanya, beliau terpaksa membuat penjelasan terhadap cubaan Husam menyeret bekas Menteri Besar PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menimbulkan persepsi negatif ke atas kerajaan Kelantan.

“Politik itu adalah persepsi, maka apa jua persepsi negatif yang ditimbulkan perlu dijawab dengan fakta benar bagi membolehkan rakyat jelata menilai kembali terhadap perkara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Annuar berkata, dalam isu kelulusan Getah Klon Balak (TLC), Husam menegaskan tarikh lesen-lesen terhadap enam buah syarikat yang disenaraikan oleh beliau berkuat kuasa pada tahun 2016.

Katanya, Husam mempersoalkan adakah Nik Abdul Aziz yang telah meninggal dunia lebih setahun lalu masih ke pejabat menandatangani kelulusan itu sampai hari ini.

Beliau menjelaskan, Nik Abdul Aziz sewaktu menjadi Menteri Besar hanya mempengerusikan mesyuarat serta membuat keputusan terakhir ke atas kelulusan satu-satu permohonan TLC.

Menurutnya, semua lesen-lesen untuk melaksanakan program-program TLC yang telah diberi kelulusan dasar itu akan ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri.

“Suka saya mengingatkan Husam, tarikh lesen berkuatkuasa yang disebutkan bukanlah tarikh permohonan syarikat itu diluluskan untuk kelulusan dasarnya. Sebaliknya ia merupakan satu tarikh diberikan untuk syarikat memulakan gerak kerja mereka.

“Ini bermakna begitu banyak syarat dan prosedur yang wajib dilaksanakan dari tarikh kelulusan dasar dibuat oleh Jawatankuasa Kecil Perhutanan sehingga diberikan lesen kuatkuasa gerak kerja yang memerlukan jangka masa bertahun-tahun lamanya.

“Maka saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa di zaman pentadbiran Menteri Besar sekarang ini (2014-2016) tiada satu pun kelulusan dasar TLC yang diluluskan.

“Bermakna, kesemuanya program TLC diluluskan di zaman Almarhum Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan disusulkan dengan lesen berkuatkuasa untuk perlaksanaan pada tahun-tahun kemudiannya,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: husam musaPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd