Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

Johor Bakal Kenakan Cukai...

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan cukai katil kepada pelancong...

JPP Umum Pengundian Semula...

PEMILIHAN PKR | Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR memutuskan untuk mengadakan pemilihan semula...

PI1M Sabah Perlu Dioptimumkan...

KOTA KINABALU - Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) perlu dioptimumkan bagi membolehkan masyarakat, khususnya...

‘Rafizi Harus Serah Bukti...

SHAH ALAM - Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli seharusnya...

Hubungan Akrab Malaysia-China Majukan Sektor Industri

EMPAT puluh dua tahun lalu, pada tahun 1974, Tun Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, telah mencetuskan sesuatu yang digelar olehnya sebagai “sebuah perjalanan tanpa penghujungnya, bagi menyemai benih persefahaman dan kepercayaan bersama.”

Beliau melakukannya walau terpaksa menghadapi pelbagai persoalan dan kritikan kerana ramai yang berpendapat keputusannya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pertama yang mewujudkan hubungan diplomatik bersama Republik Rakyat China sebagai satu langkah yang salah.

Namun Tun Razak, ayahanda saya, tetap dengan pegangannya bahawa keamanan dan kerjasama sesama negara jiran merupakan langkah yang betul. Apabila saya bertanya kepadanya, sebagai seorang pemuda ketika itu, apa yang membuat beliau begitu yakin dengan keputusannya, beliau menjawab: “Kerana Zhou Enlai ialah seorang lelaki yang boleh dipercayai.”

Beberapa dekad kemudian, keputusan bapa saya untuk meletakkan kepercayaannya kepada China telahpun terbukti, dan kini kami dapat menuai hasil wawasannya. Hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan China semakin berkembang dengan kuat, dibantu oleh hubungan politik dan perniagaan di tahap tinggi yang erat.

China merupakan rakan perdagangan terbesar Malaysia pada tahun 2015, satu kedudukan yang kekal kukuh sejak tahun 2009, dengan nilai perdagangan berjumlah kira-kira USD 100 bilion. Di pentas antarabangsa, Malaysia juga merupakan rakan perdagangan ke-8 terbesar China. Dan di antara negara-negara ASEAN, kita merupakan rakan perdagangan, sumber import dan destinasi eksport terbesar China.

Sejak 20 tahun lalu, saya telah melawat China menurut kapasiti berbeza, termasuklah sebagai Menteri Pertahanan, Menteri Pendidikan, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri. Dalam setiap lawatan, saya kagum dengan keutuhan hubungan kami, bagaimana ia telah berkembang dari semasa ke semasa dan kemungkinan untuk disertakan dalam pelbagai bentuk peluang di masa hadapan.

Saya boleh lihat bagaimana China telah mengambil tempat di pentas dunia sebagai satu kuasa yang hebat, manakala di Malaysia kami telah berkembang maju daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada negara berpendapatan sedarhana dan sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi.

Hubungan antara kedua-dua buah negara kini mencapai peringkat yang lebih tinggi. Selama tempoh lawatan saya, yang membabitkan perbincangan bersama Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang, kami akan menandatangani beberapa buah perjanjian dan memorandum persefahaman lagi yang akan mengeratkan lagi hubungan Malaysia dan China.

Usaha sama dengan syarikat-syarikat China telahpun menghasilkan Taman Perindustrian Qinzhou di Guangxi dan Taman Perindustrian Kuantan, yang menyediakan peluang pekerjaan baru dan peluang untuk rakyat.

Kini kami mempunyai perlabuhan laut dalam di Melaka, sebuah projek yang dirasmikan bulan lalu. Rancangan pembinaan metropolis bawah tanah Bandar Malaysia, yang akan menjadi bandar bawah tanah terbesar di dunia apabila ianya telah siap dibina di Kuala Lumpur, telah pun dilancarkan. Dan kami juga sukacita mengumumkan bahawa Malaysia telah dipilih untuk menjadi negara tuan rumah bagi Universiti Xiamen Malaysia, yang merupakan cawangan luar negara pertama bagi mana-mana universiti awam China.


Ini hanya contoh beberapa usaha sama pelbagai sektor yang luas seperti kereta api, hartanah dan tenaga yang berterusan. Memandang ke hadapan, kami amat komited untuk memperluaskan lagi sektor-sektor ini, secara dua-hala iaitu melalui ASEAN dan juga untuk memenuhi sebahagian ruang dalam inisiatif  ‘One Belt One Road’.

Seterusnya, Malaysia kini sedang mengambil langkah terbaru dalam kerjasama ketenteraan bersama China. Hampir dua tahun lalu, pelaksanaan ketenteraan dua-hala telah diadakan buat kali pertama, dan tahun lalu; latihan berpasukan pertama yang menggabungkan kedua-dua negara. Kini kami telah menandatangani perjanjian pertahanan pertama antara dua negara, di mana Malayisa telah membeli kapal misi pesisir daripada China yang dipasang di sini (China) dan juga di Malaysia menerusi pembiayaan kerajaan. Perjanjian ini secara tidak langsung akan meningkatkan industri pembinaan kapal dan pertahanan negara.

Hubungan antara China dan Malaysia adalah berasaskan kepercayaan dan penghormatan bersama. Dalam masa yang sama, kami dapati bahawa terdapat beberapa isu yang mungkin tidak dipersetujui oleh satu pihak meskipun hubungan mereka akrab. Dalam isu berkenaan keadaan di Laut China Selatan, kami percaya bahawa perebutan teritori dan pertikaian maritim haruslah ditangani secara berhemah melalui dialog, sejajar dengan undang-undang dan perbincangan secara aman.

Kami memerlukan institusi terkini bagi menyambut ketibaan era baru: melalui dialog yang dilakukan secara aman dan bukan campur tangan negara luar, dan juga usaha sama yang menyebelahi semua pihak.

Abad Asia sedang menerjah dan hanya beberapa negara yang mewakili potensi yang ada pada rantau ini sebaik China dan Malaysia. Melalui kerjasama, kita haruslah membina hubungan yang dimulakan oleh Tun Razak pada tahun 1974, yang telah tersemai sejak tamadun Dinasti Ming apabila rombongan perdagangan pertama tiba di Melaka daripada China.

Peluang ini wujud dan kekal untuk dialihkan haknya kepada kami, Saya amat yakin bahawa kami mampu melakukan transformasi terhadap kehidupan rakyat negara kami dan membentuk semula bukan sahaja rantau ini, malah dunia, agar menjadi lebih baik.

*Teks ini ditulis oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan terbit di akhbar China Daily. Ini adalah terjemahan oleh pihak kami, sebarang perbezaan maka versi asal adalah muktamad. – China Daily

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori