• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Helikopter Bantu Operasi Cari 2 Pendaki Malaysia

oleh Ahmad Albab
25/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kedutaan Malaysia di Tehran telah berjaya mendapatkan khidmat helikopter Persatuan Bulan Sabit Merah Iran bagi melakukan operasi pencarian dua pendaki yang hilang ketika mendaki Gunung Damavand.

Ketua Ekspedisi, Rozaimi Md. Said yang kini berada di Reyney, berkata sebuah helikopter sudah disediakan dan kini sedang menunggu cuaca mengizinkan bagi melakukan operasi pencarian secepat mungkin.

“Cuaca di Gunung Damavand cerah dan baik hari ini namun begitu cuaca di kawasan bandar terutamanya Tehran hujan dan bersalji menyebabkan kesukaran bagi helikopter untuk berlepas,” katanya yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini, malam ini.

Dua pendaki itu, Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dan Ramli Abd Majid, 34, dilaporkan hilang di gunung itu sejak Ahad lepas selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.

Mengulas lanjut, Rozaimi berkata bagi pencarian melalui jalan darat, beliau dimaklumkan Persatuan Bulan Sabit Merah itu bahawa misi akan dilakukan sejurus keadaan salji di laluan gunung berkenaan sesuai untuk diharungi.

Dua pendaki Malaysia yang hilang ketika mendaki Gunung Damavand dikatakan bertekad untuk menawan puncak gunung setinggi 5,610 meter itu sebelum disahkan hilang. – BERNAMA

Tags: Iranpendaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub TEHRAN – Pihak tentera pusat Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd