• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak Naik Atau Turun Kerana Faktor Global – PAS

oleh Ahmad Albab
02/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS membidas pihak pihak yang terlupa untuk mengupas tentang fakta sebenar mengenai kenaikan harga minyak kerana terlalu ghairah mahu menunjukkan kononnya mereka cakna dan prihatin berhubung masalah rakyat.

Naib Ketua Pemuda PAS, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, golongan tersebut terlupa bahawa sistem Automatic Pricing Mechanism (APM) bagi memantau dan mengawal harga bahan api di Malaysia sejak tahun 1983 telah pun berubah.

Jelasnya, harga minyak untuk Malaysia kini disandarkan kepada harga Mean of Platts Singapore (MOPS) kerana Singapura merupakan pembekal terbesar untuk produk petroleum yang telah diproses di kawasan Asia Pasifik dan ketiga terbesar di dunia.

“Hakikatnya ialah tiada siapa yang mampu menjamin harga minyak pasaran akan tetap kekal pada paras yang sama pada sepanjang masa kerana harga akan sentiasa berubah sama ada naik atau turun!

“Malaysia tidak terlepas dalam hal ini disebabkan ekonomi kita turut juga berkait dengan ekonomi global semasa yang bergantung kepada hal-hal semasa seperti perkembangan ekonomi di China, kuota pengeluaran minyak oleh negara-negara OPEC, kebergantungan bekalan import Amerika Syarikat, penemuan-penemuan telaga simpanan minyak dan lain-lain lagi,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairil Nizam bagaimanapun berkata, kesemua faktor-faktor itu sepatutnya telah diambil kira oleh pakar ekonomi negara dan kerajaan dan untuk merangka strategi yang khusus dalam mengurangkan kesan langsung kepada majoriti kehidupan seharian rakyat.

Katanya, yang lebih membimbangkan apabila tercetusnya keadaan panik dalam kalangan rakyat kesan daripada harga minyak yang tidak menentu yang membawa kepada kenaikan kos barang dan perkhidmatan yang melambung tinggi.

Tambahnya, penjual dan pemborong pula terpaksa meminimakan risiko sekiranya kenaikan harga minyak berlaku secara mendadak.meletakkan harga yang tinggi dalam julat harga barang atau perkhidmatan yang mereka tawarkan agar mereka tidak perlu melakukan perubahan yang terlalu banyak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: harga minyakPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan 'Malaysia aman tanpa DAP' sangat berbahaya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd