Tuesday, May 21, 2024

Creating liberating content

Aksem Rampas Daum Ketum...

PASIR MAS - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup daun...

Pegawai Kanan Polis Bergelar...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai kanan...

Amar Singh Berlakon Filem?

KUALA LUMPUR - “Tiada komen, saya baru hendak membaca buku itu, ada kemungkinan...

Bila Selebriti ‘Berlagak’ Samseng,...

SEJAK filem-filem aksi ala samseng diperkenalkan dan menjadi popular, dialog-dialog acah samseng pun...

Hanya Islam Layak Pimpin Manusia – PAS

KUALA LUMPUR – PAS mengingatkan masyarakat terutama seluruh jentera parti itu bahawa hanya Islam layak memimpin umat manusia ke arah perpaduan.

Mursyidul Amnya, Hashim Jasin berkata, hanya Islam mengiktiraf kepelbagaian manusia sebagai punca perpaduan dan kasih sayang.

“Islam tidak membawa agenda kaum, bangsa dan puak. Islam hanya membawa agenda ketaatan kepada Allah.

“Islam tidak mempedulikan dari bangsa apa kita dilahirkan atau di negeri mana darah kita ditumpahkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hashim memberi contoh Islam pernah berkembang dari Transoxania di Asia Tengah hingga ke Andalusia di barat Eropah.


Menurutnya, berbagai bangsa dan budaya bersatu di bawah Islam dan orang bukan Islam menumpang tuahnya.

“Sehingga kini, dunia mengakui bahawa zaman Islam itulah “The Golden Ages” zaman keemasan bagi kemanusiaan,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori