• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Habitat Kelip-kelip Di Kampung Dew Perlu Dijaga

oleh AK-47
24/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT GANTANG – Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri diminta memantau projek yang dijalankan di kawasan kelip-kelip, Kampung Dew di sini agar ia tidak menjejaskan habitat serangga itu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pokok berembang di kawasan itu perlu dikekalkan kerana ia habibat kegemaran kelip-kelip.

“Pemilik tanah yang mahu melaksanakan projek tertentu di tepi sungai ini diminta peka dengan habitat kelip-kelip di sini. Sekiranya pokok itu berkurangan ia akan menyebabkan kelip-kelip tidak datang ke kawasan yang menjadi daya tarikan pelancong itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Kegiatan Pelancongan Kelip-Kelip Kampung Dew dan majlis penyampaian notis 5A Kampung Pak Dolah, Mukim Assam Kumbang di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri juga mahu kebersihan di sekitar kawasan berkenaan termasuk tandas dikekalkan agar pengunjung dapat menikmati percutian yang selesa.

Semasa sidang media kemudiannya, Zambry berkata kerajaan negeri menerima 76 permohonan mengenai pelbagai perkara yang dikemukakan rakyat menerusi Klinik Dr Zambry sempena Program Pemukiman Menteri Besar di Parlimen Bukit Gantang dan Taiping.

“Ia antaranya isu keperluan asas, nelayan dan pemohonan yang tidak mendapat maklum balas,” katanya.

Selain itu, Zambry berkata program pemukiman yang sudah memasuki hari ketiga mendapat sambutan yang baik daripada rakyat dan kerjasama semua pihak adalah penting bagi menjayakan program itu.

“Saya tidak mahu menuduh dan mempertikaikan sama ada wakil rakyat pihak pembangkang bekerja atau tidak tetapi penilaian dibuat sendiri oleh rakyat.

“Ahli politik bukan sekadar pandai mengumpul sokongan tetapi paling utama adalah dengan turun padang untuk mendengar keluh kesah rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: kelip-kelip
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TNB Terus Inisiatif Pulihara Habitat Kelip-Kelip

06/10/2018
0

REMBAU - Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan inisiatifnya memulihara habitat kelip-kelip di sepanjang Sungai Timun di sini, melalui program Lestari...

153 Hektar Tanah Bakal Diwarta Sebagai Zon Kelip-Kelip

31/07/2018
0

TAIPING – Kerajaan Perak komited akan mewartakan tanah seluas 153 hektar di sepanjang Sungai Sepetang, sebagai zon habitat kelip-kelip di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd