• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

153 Hektar Tanah Bakal Diwarta Sebagai Zon Kelip-Kelip

oleh
31/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Kerajaan Perak komited akan mewartakan tanah seluas 153 hektar di sepanjang Sungai Sepetang, sebagai zon habitat kelip-kelip di Kampung Dew, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing berkata sebuah jawatankuasa ditubuhkan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dalam memastikan rizab tanah di sungai tersebut dijadikan sebagai kawasan habitat kelip-kelip.

“Melalui jawatankuasa itu, kerajaan akan mewartakan tanah milik kerajaan negeri di kawasan berkenaan demi mengekalkan habitat kelip-kelip.

“Kita mendapati ada banyak tanah milik persendirian di kawasan itu dan berlakunya pencerobohan di kawasan menjadi habitat kelip-kelip yang perlu dikekalkan demi menjaga kualiti kebersihan di sungai tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis ramah mesra Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama Ketua-Ketua Komuniti Pusat Pelancongan Kelip-Kelip Kampung Dew hari ini.

Tan berkata Kampung Dew merupakan antara kawasan habitat kelip-kelip yang terkenal selain Kampung Kuantan di Selangor.

Menurut beliau habitat kelip-kelip di sini perlu dikekalkan termasuk dari segi biodiversiti, infrastruktur dan latihan kepada pemandu pelancong agar layanan terbaik dapat diberikan kepada pelancong.

“Kita juga berterima kasih kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti TNB kerana menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mengenal pasti spesis kelip-kelip dan sampel kualiti air di sini sehingga hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata kos untuk menjalankan penyelidikan amat tinggi dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dapat membantu meringankan beban kerajaan negeri.

“Hasil R&D nanti kita akan bincang bersama TNB dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menjalankan penyelidikan tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: kelip-kelip
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TNB Terus Inisiatif Pulihara Habitat Kelip-Kelip

06/10/2018
0

REMBAU - Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan inisiatifnya memulihara habitat kelip-kelip di sepanjang Sungai Timun di sini, melalui program Lestari...

TNB Pulihara Kelip-Kelip Sungai Timun

30/07/2018
0

REMBAU - Sungai Timun tidak asing lagi bagi kaki pancing kerana menjadi lubuk udang galah serta peminat makanan laut selain aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd