• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Maut, 5 Anak Murid Cedera Parah Kemalangan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang guru sekolah rendah agama maut manakala lima anak muridnya cedera parah apabila kereta Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Km 91.3, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat dekat Pontian pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Supt Zakaria Abd Rahman berkata mangsa yang maut ialah Abdul Razak Jamari, 42, yang merupakan guru Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Benut.

Beliau berkata dalam kejadian 7.30 pagi itu, mangsa sedang membawa lima muridnya iaitu Muhammad Danish Asyraff Khairul, 6, Muhammad Fathuddin Zakaria, 6, Khodijah Uliah Zakariah, 8, Muhammad Firas Alian Norsahidin, 6 dan Muhammad Adi Syahmi Abdul Razak, 8.

Murid-murid itu dilapor berada keadaan kritikal dan kini dirawat di tiga buah hospital iaitu Hospital Pontian, Hospital Nora Ismail, Batu Pahat dan Hospital Sultanah Aminah di sini.

“Kejadian berlaku apabila lori tanpa muatan yang datang dari arah Benut menuju Rengit dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan lain yang keluar dari simpang sebelah kanan jalan.

“Lori itu bagaimanapun memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta mangsa,” kata Zakaria ketika dihubungi.

Beliau berkata pemandu lori itu didapati telah meninggalkan kenderaannya dan pihak polis sedang berusaha mengesan pemilik lori tersebut. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd