• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Model Ekonomi China Hidupkan Kawasan Chuping

oleh Ahmad Albab
24/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Dalam usaha melonjakkan Perlis ke arah sebuah negeri bandar raya menjelang 2030, kerajaan negeri berhasrat mengaplikasi model pembangunan ekonomi seperti negara China.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata model tersebut dilihat sesuai dibangunkan di negeri ini bagi menghidupkan kawasan industri di Lembah Chuping yang bakal berkembang sebagai pusat pertumbuhan teknologi hijau dan pembuatan mesra alam yang baharu.

Katanya, kerajaan negeri baru-baru ini melawat ke beberapa buah negara maju iaitu Korea Selatan, Jepun dan China bagi mencari mekanisme terbaik untuk pembangunan berkenaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

“Lawatan kerajaan negeri ke negara berkenaan adalah atas tajaan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk melihat model pembangunan di sana dan bertemu para pelabur yang telah menyatakan minat untuk melabur di Lembah Chuping.

“Berkenaan model pembangunan ekonomi yang dilihat di negara China, memang ada yang sesuai diaplikasikan di Perlis, cuma kami bakal laksanakan dalam skala lebih kecil mengikut keluasan tempat yang kami miliki,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Deepavali di sini malam tadi.

Azlan berkata perjumpaan dengan para pelabur berkenaan turut membawa perkembangan yang sangat baik apabila mereka juga berminat dalam industri serupa melibatkan teknologi hijau dan tenaga boleh baharu (TBB) yang mesra alam.

Mengulas lanjut, Menteri Besar berkata ia bertambah menarik apabila ada antara pelabur tersebut berkeyakinan untuk meneroka sektor pelaburan ladang solar, industri pembuatan kenderaan yang menggunakan tenaga elektrik termasuk pemasangan komponen kenderaan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri optimis dan komited dalam menyediakan infrastruktur terbaik bagi kemudahan para pelabur berkenaan yang akan dibina secara berperingkat bermula awal 2017, tambahnya. – BERNAMA

Tags: Azlan ManChinaEkonomiPerlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

23/07/2026
0

JELEBU - "Insya-Allah kita akan memikul amanah ini dan membawa rakyat ke arah satu hala tuju yang boleh menyelesaikan, kalau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd