• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Genosid Rohingnya: Ratusan Pelarian Tiba Di Bangladesh

oleh AK-47
23/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RATUSAN pelarian etnik Rohingya kini telah berada di Bangladesh dengan membawa kisah menakutkan bagaimana komuniti mereka sedang diburu untuk dibunuh oleh askar militan, lapor BBC News.

“Askar Burma telah membakar rumah kami. Ada sesetengah daripada kami yang dibunuh,manakala ada juga yang disembelih dengan zalim.

“Keadaan ini amat memeritkan sehingga kami rasa seperti mahu terjun ke dalam laut untuk mengakhiri penderitaan ini,” kata seorang wanita Rohingya yang ditemubual oleh BBC News.

Seorang lagi pelarian wanita mengeluh tentang masa depannya: “Militan ini telah membunuh ramai orang, dua orang anak lelaki saya hilang tanpa jejak, dan mereka juga telah membakar rumah kami; ke mana kami patut pergi?”

Meskipun telah menetap di Myanmar sejak berabad lamanya, etnik Rohingya yang beragama Islam ini masih tidak diiktiraf oleh negara tersebut dan sejak beberapa tahun lalu, kaum ini telah terdedah kepada pembunuhan ‘pembersihan etnik’ untuk dilenyapkan kewujudan mereka daripada tanah air sendiri.

Genosid Rohingnya: Ratusan Pelarian Tiba Di Bangladesh
KEJAM….Ratusan orang daripada etnik Rohingya dibakar hidup-hidup oleh tentera Myanmar.

“Pihak junta tentera Myanmar tidak mahu agenda mereka yang seterusnya di wilayah utara Rakhine diketahui oleh dunia luar. Oleh itu, ketidakadilan yang berlaku ini tidak dapat dihidu oleh wartawan mahupun pekerja kebajikan antarabangsa,” kata wartawan BBC News, Jonah Fisher.

Dengan menggunakan perakam video yang diberikan kepada pelarian Rohingya daripada suku Dajza, Fisher berjaya mendokumentasikan sedikit sebanyak perjalanan hidup puak ini yang kini hidup di kawasan terbuka sejak mereka lari meninggalkan kampung halaman bagi menyelamatkan diri daripada serangan askar pada 12 November lalu.

Rakaman daripada kamera tersebut menunjukkan keadaan yang perlu dihadapi oleh mereka, termasuklah diserang daripada udara oleh helikopter tentera dan melihat rakan-rakan dan ahli keluarga mereka terbunuh.

Bagaimanapun, jumlah kematian masih tidak dapat diketahui sehingga kini.

Tinjauan menerusi imej satelit oleh kumpulan hak asasi manusia mendapati pihak tentera telah membakar kira-kira 265 buah rumah suku Dajza etnik Rohingya itu. Bagaimanapun, kenyataan rasmi tentera menyatakan bahawa mereka tidak bertanggungjawab atas insiden itu kerana kaum minoriti itu yang membakar rumah mereka sendiri.

Keadaan ini amat bertentangan dengan tahun lalu, apabila Aung San Suu Kyi menjadi Perdana Menteri wanita pertama Myanmar serta memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada tahun yang sama.

Keputusan Suu Kyi untuk bergabung dengan junta tentera bagaimanapun mencetuskan kontroversi, lebih-lebih lagi apabila beliau tidak mahu langsung mengulas tentang serangan yang dilakukan ke atas etnik Rohingya itu.

“Ketakutan saya adalah sama seperti manusia lain di seluruh dunia; iaitu kezaliman akan terus berlaku dan pembunuhan dilakukan dengan cara yang lebih kejam,” kata pelapor Persatuan Bangsa Bersatu di Myanmar,Yanghee Lee.

“Selagi sumber berita yang sahih dan boleh dipercayai tidak diperoleh, selagi itu kita tidak akan tahu keadaan yang sebenarnya,” kata Lee lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: genosidMyanmarRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd