• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Generasi Muda Mahu Harapan, Aspirasi Diutamakan

oleh Ahmad Albab
27/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Generasi muda mahukan harapan dan aspirasi mereka diberikan keutamaan dan didengar bagi memastikan masa depan mereka terjamin terutama dari segi ekonomi untuk kelangsungan hidup, menurut pemimpin belia.

Mereka sependapat Perhimpunan Agung UMNO 2016 merupakan platform sesuai untuk membincangkan isu yang menjadi perhatian generasi muda dan perlunya UMNO menjadi pembela mereka, sekali gus menarik sokongan mereka kepada parti keramat orang Melayu itu.

Isu berkenaan seperti sosio-ekonomi termasuk kos sara hidup dan pekerjaan, pendidikan dan latihan, pembangunan belia, dan persekitaran ekonomi seimbang bagi menjamin kehidupan lebih baik.

Timbalan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia Mohd Nizam Omar berkata UMNO sebagai tunggak Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negara sejak sekian lama tidak dinafikan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkasa generasi muda.

“Namun masalahnya ada generasi muda masih kurang tahu dan faham mengenai inisiatif itu. UMNO dan kerajaan perlu melakukan lebih banyak pendekatan berdampingan dengan generasi muda serta mendengar dan memahami sendiri apa diperkatakan dan kehendak mereka terutama dalam merumuskan sesuatu inisiatif.

“Lihat sahaja bajet diumum perdana menteri yang juga presiden UMNO sendiri saban tahun semestinya ada peruntukan untuk melaksana pelbagai inisiatif untuk generasi muda tetapi persoalannya sejauh mana ia mampu difahami dan berkesan turun ke bawah sehingga ke peringkat akar umbi generasi ini,” katanya kepada Bernama.

Mohd Nizam berkata usaha perlu dilakukan bagi memastikan generasi muda dan belia buka mata dan hati mereka bahawa kerajaan dipimpin UMNO dan Barisan Nasional sekarang adalah kerajaan terbaik untuk memperjuang harapan serta aspirasi mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 antara lain mengumumkan inisiatif bagi membolehkan generasi muda memiliki rumah mereka sendiri, pelepasan cukai RM2,500 bagi pemilikan gajet elektronik serta keahlian gimnasium dan Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata generasi muda sekarang mahukan sebuah parti politik yang mampu mempengaruhi dasar dan keputusan kerajaan ke arah perkara yang akan memberikan kebaikan kepada mereka.

“Apabila UMNO mampu melakukan demikian, parti itu akan dapat sokongan generasi ini (muda),” katanya.

Beliau berkata tidak menjadi rahsia bahawa isu sosio-ekonomi terutama kos sara hidup merupakan isu paling diambil perhatian generasi muda, justeru Perhimpunan Agung UMNO 2016 seharusnya membincangkan isu itu.

Mohd Ridhwan berkata perubahan struktur subsidi oleh kerajaan yang turut menjadi bualan generasi muda adalah sesuatu yang difahami dengan keadaan ekonomi sekarang, namun kesan sampingannya antaranya kenaikan harga barang tidak seharusnya dibiarkan berterusan tanpa penerangan atau tindakan lanjut.

“Kebanyakan belia kini berpendapatan agak baik tetapi masih dalam kategori miskin atau tertekan akibat kos sara hidup tinggi terutama di bandar.

“Justeru Perhimpunan Agung UMNO adalah platform terbaik untuk dibawa isu ini,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNO 2016 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur dari 29 Nov hingga 3 Dis. – BERNAMA

Tags: BeliaPAU 2016UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd