• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gelanggang Adinda, Medan Kumpul Maklumat PAU 2016

oleh Ahmad Albab
19/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program Gelanggang Mega Adinda yang julung kali diadakan adalah platform mengumpul idea bernas daripada wanita muda pelbagai latar belakang untuk dibawa pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang akan diadakan selama lima hari mulai 29 November depan.

Penggerak Adinda, Nik Zakirah Farhanis Zakimi berkata program dua hari yang bermula hari ini akan melibatkan sesi debat terbuka dalam bahasa Melayu dan Inggeris meliputi topik ekonomi, pendidikan sosial, undang-undang, agama dan politik.

“Debat terbuka ini dikhususkan untuk wanita berusia 18 hingga 25 tahun antaranya melibatkan anggota Puteri UMNO, pelajar universiti, wakil Parlimen Belia dan badan-badan bukan kerajaan,” katanya kepada Bernama selepas bengkel perdebatan umum sempena Gelanggang Mega Adinda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun bukan semua peserta akan terlibat dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016, program ini amat bermakna sebagai medan untuk mereka berdebat dan melontarkan idea bernas untuk kepentingan masyarakat dan negara.

Nik Zakirah Farhanis berkata program itu, yang akan dirasmikan Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Dewan Tun Ismail, PWTC esok, adalah inisiatif baharu di bawah sayap Biro Politik Puteri UMNO.

Ia menekankan kepentingan wanita muda untuk bergiat aktif dalam dunia politik dan pada masa yang sama mempunyai pengisian minda dan sahsiah bagi membolehkan politik berasaskan polisi dapat direalisasikan, katanya. – BERNAMA

Tags: Gelanggang AdindaPAU 2016
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kemahuan Tak Dituruti, Anak Sepak Terajang Ibu Bapa

Next Post

“Saya Dilabelkan Pembunuh Bola Sepak Malaysia”

Related Posts

‘Coklat Najib’ Popular Sold Out Di PAU 2017

07/12/2017
0

LARIS... Coklat mini bersaiz poket memaparkan imej bekas Presiden UMNO dan barisan perdana menteri antara produk jualan yang mencuri tumpuan...

Karikatur Politik, Isyarat Perang UMNO Di PAU 2017

07/12/2017
0

KETIKA Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, pembangkang berjaya hasut rakyat menerusi karikatur sinis berbaur antikerajaan sehingga mewujudkan persepsi negatif kepada...

Next Post

"Saya Dilabelkan Pembunuh Bola Sepak Malaysia"

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd