• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Karikatur Politik, Isyarat Perang UMNO Di PAU 2017

oleh AK-47
07/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, pembangkang berjaya hasut rakyat menerusi karikatur sinis berbaur antikerajaan sehingga mewujudkan persepsi negatif kepada Barisan Nasional (BN).

Namun kali ini BN khususnya UMNO juga tidak ketinggalan memanfaatkan kartun satira bukan sahaja untuk perli kepincangan pakatan pembangkang, malah memberi gambaran positif kepada kerajaan menerusi jenaka sindiran.

Tinjauan Mynewshub di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini mendapati sejumlah karikatur dipaparkan di ruang pameran Koridor Penerangan, iaitu bersebelahan dengan Kafe Rakyat RM6.

Berdasarkan lakaran-lakaran politik itu, dapat disaksikan bagaimana arena politik pembangkang ketika ini seakan-akan ‘diketuai’ oleh DAP yang cuba menguasai parti politik lain untuk bekerjasama dengan mereka.

Pengguna buah catur yang memaparkan logo PKR, PAN dan PPBM adalah contoh mudah bagaimana DAP menjadikan beberapa parti politik ini seumpama ‘bidak’ boneka yang kena akur mengikut aturan mereka.

Tidak setakat itu, DAP yang juga mendakwa sebagai parti cauvinis, dilihat berjaya ‘mengarahkan’ PKR untuk mengayuh basikal sambil membawa PPBM terpaksa ‘duduk’ sempit di palang bahagian depan.

Manakala PAN yang menjadi parti pembangkang paling muda selepas perpecahan PAS dua tahun lalu, dilihat hanya mampu mengejar ketiga-tiga ‘beradik’ itu agar tidak ketinggalan.

Malah DAP boleh dikatakan ‘berjaya’ memecahbelahkan parti-parti Melayu termasuk PPBM yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin asalnya merupakan serpihan daripada bekas ahli dan pemimpin UMNO terdahulu.

Manakala PAS pula pecah melalui PAN diterajui Mohamad Sabu, seperti gambar di bawah memaparkan seorang individu bermiripkan Lim Kit Siang, melakukan belahan pedang samurai kepada dua parti Melayu itu dengan sinis.

‘Senyuman’ tajam itu juga menunjukkan simbolik kesemua pecahan parti politik Melayu itu akhirnya akan menjadi proksi dan terpaksa mengikut telunjuk ditetapkan DAP.

Menariknya, PAS digambarkan menerusi mesej berbaur bersimpati apabila buah catur mewakili parti berkenaan dijentik dengan tangan yang dilabelkan sebagai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Ini mungkin disebabkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu yang ketika ini bertambah kukuh menerusi pelbagai kerjama antara dua parti politik itu, biarpun dahulunya sering dapat perhatian perwakilan UMNO.

Sementara itu, gambar karikatur yang memaparkan nama penuh Tun Dr. Mahathir Mohamad pula dijadikan gambaran ‘Pusingan U’ seolah-olah menunjukkan yang umurnya kini mencecah 92 tahun.

Perhimpunan Agung UMNO 2017 memasuki hari kedua ini menghimpunkan seramai 5,739 perwakilan termasuk tiga sayap utama mewakili Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dari seluruh negara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PAU 2016PAU2017Perhimpunan Agung UMNOUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di kerusi Dewan...

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd