• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gajah Liar Bunuh Pekerja Ladang Ditembak Mati

oleh AK-47
21/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Gajah liar yang mengorbankan nyawa seorang pekerja ladang warga Indonesia di ladang kelapa sawit Dumpas dekat sini, ditembak mati oleh renjer Jabatan Hidupan Liar Sabah petang semalam.

Pengarahnya, Augustine Tuuga berkata terdapat kemungkinan bahawa gajah berkenaan akan menyerang lagi sekiranya terserempak dengan sesiapa sahaja dalam laluannya.

“Gajah ini sudah pun membunuh manusia…kami tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan gajah jantan ini.

“Kami mengesahkan gajah jantan ini berada di peringkat tertinggi aktiviti mengawan dan ia menjadi agresif ekoran peningkatan hormon testosteron dalam badannya, punca kepada tingkah laku ganas gajah itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pegawai di wilayah pantai timur juga berjaga-jaga dan memantau pergerakan kumpulan gajah di kawasan berkenaan serta memerhatikan kelakuan gajah lain dalam kumpulan itu.

Pada 19 November lepas, mangsa Ciin Bedu, 48, diserang kira-kira pukul 3 petang dan dipijak hingga mati oleh seekor gajah liar di kawasan ladang Dumpas dekat sini.

Ketua Polis Tawau, ACP Fadil Marsus berkata bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati tengkorak dan tulang mukanya retak serta rusuk kiri dan kanan mangsa juga patah selain cedera parah di beberapa bahagian badan. – BERNAMA

Tags: Gajah LiarMATI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

05/11/2025
0

KULIM: Seorang wanita dan anak perempuan berusia empat tahun ditemukan mati di sebuah rumah di Taman Perak di sini, malam...

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

18/07/2025
0

PAPAR: Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kematian seorang pelajar yang ditemui pengsan di dalam longkang berhampiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd