• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Diminta Bantu Pengusaha Rumpai Laut Di Semporna

oleh Ahmad Albab
13/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mahu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membantu pengusaha rumpai laut di Semporna untuk memasarkan tumbuhan alga lautan itu.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perkara itu bagi memastikan pengusaha rumpai laut memperoleh pendapatan yang setimpal dengan usaha menternak tumbuhan itu.

“Harga rumpai laut ini di sini semakin lama semakin jatuh, tetapi harga pasaran di Kota Kinabalu sangat tinggi walhal rumpai itu diambil di Semporna.

“Oleh itu, saya minta dalam masa enam bulan, FAMA akan bantu secara khusus pengusaha rumpai laut di Semporna supaya harganya naik kembali,” katanya ketika berucap merasmikan Program Jalinan Tani MOA di sini, hari ini.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ahmad Shabery berkata, sebelum ini harga rumpai laut kering di Semporna adalah RM2.80 satu kilogram tetapi harga pasaran di Kota Kinabalu adalah RM35 bagi 100 gram.

“Kini harga rumpai laut itu di sini jatuh lagi sehingga kurang RM2,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Shabery berkata Pejabat FAMA di daerah ini akan dibuka selewat-lewatnya Januari tahun depan bagi membantu menyelesaikan beberapa perkara berkaitan harga dan pemasaran rumpai laut daripada penduduk Semporna.

“Kita berpuas hati dengan pengeluaran dan kualiti hasil seperti rumpai laut cuma kita tidak puas hati dengan harga yang diambil pengilang sebab itu adanya pihak FAMA di sini boleh melihat perkara ini secara khusus,” katanya.

Menurutnya, dengan adanya FAMA di daerah ini, ia membolehkan hasil produk di Semporna dapat dipasarkan ke luar negara dengan harga lebih tinggi.

Semalam, Ahmad Shabery berkata kementeriannya menerusi FAMA akan menaik taraf Medan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) Sabindo di Tawau dalam tempoh terdekat.

“Naik taraf gerai itu membabitkan 11 usahawan di Tawau, supaya gerai-gerai ini boleh berdaya saing dan dapat memberi daya tarikan baharu kepada penduduk Tawau,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyFAMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd