• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Hotspot Denggi Dikesan Di Seremban – JKNS

oleh AK-47
09/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) mengenal pasti sebanyak empat lokasi hotspot di daerah ini sebagai kawasan penularan wabak denggi ekoran peningkatan kes yang dilaporkan sehingga Isnin lepas.

Pengarahnya Dr Abdul Rahim Abdullah berkata empat kawasan iaitu Garden Homes fasa F, Seremban 3, Taman Bukit Ampangan dan Garden Avenue, dilaporkan mencatatkan peningkatan kes denggi yang ketara.

“Dari Januari hingga Isnin lepas, kita telah merekodkan sebanyak 2,460 kes berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 2,014 kes, peningkatan sebanyak 22 peratus.

“Bila kita sebut hotspot bermakna kawasan itu mempunyai kes denggi melebihi empat kes dalam masa dua minggu,” katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Patologi Sedunia Peringkat Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Dr Abdul Rahim berkata dalam usaha mengurangkan wabak denggi di negeri ini, pihak JKNS dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan Majlis Perbandaran Seremban bukan sahaja menjalankan pemeriksaan berkala di kawasan perumahan, tetapi juga di tapak-tapak pembinaan.

Beliau berkata sejak Mei hingga Oktober tahun ini, dianggarkan lebih daripada 10 syarikat pembinaan telah diambil tindakan selepas didapati tapak pembinaan mereka menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes. – BERNAMA

Tags: denggiJKNS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunggu Siasatan JKNS Sebelum Tindakan Lanjut Diambil – Exco

Tunggu Siasatan JKNS Sebelum Tindakan Lanjut Diambil – Exco

11/06/2024
1

Shah Alam : Tindakan lanjut berhubung insiden keracunan makanan yang menyebabkan dua kematian di Gombak akan diambil selepas siasatan selesai...

42 Premis Makanan Diarah Tutup

42 Premis Makanan Diarah Tutup

21/03/2023
0

SHAH ALAM: Tindakan 42 premis makanan yang mempunyai urungan lipas, lalat dan tikus di Selangor mengundang padah apabila diarah tutup...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd