• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunggu Siasatan JKNS Sebelum Tindakan Lanjut Diambil – Exco

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Tunggu Siasatan JKNS Sebelum Tindakan Lanjut Diambil – Exco
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam : Tindakan lanjut berhubung insiden keracunan makanan yang menyebabkan dua kematian di Gombak akan diambil selepas siasatan selesai dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin memaklumkan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai insiden keracunan makanan itu dan sedang berhubung dengan JKNS bagi mendapatkan maklumat tambahan dan keputusan siasatan.

“Takziah kepada mangsa dan ahli keluarga. Pejabat saya juga memantau siasatan JKNS bagi memastikan informasi tepat untuk kes ini diperoleh dan tindakan susulan dapat dijalankan.

“Kita akan tunggu dulu laporan JKNS terlebih dulu dan maklumkan pada MB (Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari). Kenyataan akan dikeluarkan melalui pejabat saya atau MB,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang budak perempuan berusia dua tahun dan remaja 17 tahun maut, dipercayai akibat keracunan selepas memakan bihun dan telur goreng yang dibawa pulang daripada sebuah sekolah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima laporan daripada keluarga kedua-dua mangsa berhubung kejadian itu semalam.

-Harian Metro

Tags: ExcoJKNSsiasatan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Siasatan Kes Noorizwan Dilaksana Secara Menyeluruh, Telus Tanpa Kompromi

PMX Anwar Arah Siasatan Kes Noorizwan Dilaksana Secara Menyeluruh, Telus Tanpa Kompromi

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya siasatan berhubung kes kematian Allahyarham Noorizwan Zulkefly ketika dalam...

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd