• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diancam Sentimen Anti-Islam: Yuna Bertegas Kekal Di AS

oleh AK-47
11/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENANGAN Donald Trump sebagai bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) bukan sahaja dianggap mengejutkan tetapi mencetuskan rasa kebimbangan umat Islam di seluruh dunia khususnya yang menetap di negara itu.

Ini berikutan, Trump pernah mengeluarkan kenyataan kontroversi menyeru pengharaman ke atas orang Islam dari memasuki AS selepas insiden tembakan di California tahun lalu.

Dalam kebimbangan terhadap tindak balas anti-Muslim di negara itu selepas kemenangan Trump, penyanyi terkenal berhijab, Yuna, pula bertegas mahu kekal dan meneruskan kerjayanya di negara Uncle Sam itu.

Yuna menyatakan pendiriannya itu selepas ditanya oleh peminatnya menerusi laman Twitter sama ada dia akan meneruskan kerjayanya di sana atau pulang ke Malaysia.

“Sudah tentu teruskan! Ada lebih banyak muzik untuk dihasilkan, lebih besar mesej untuk dikongsi… berhenti adalah untuk orang yang mengalah,” tulisnya.

Diancam Sentimen Anti-Islam: Yuna Bertegas Kekal Di AS

“Saya akan pulang ke rumah sekali-sekala untuk pekerjaan/keluarga. Namun, ingat. Pelajar Malaysia di sini kena terus di sini untuk belajar. Kena jadi ‘brave’ macam mereka,” tulisnya lagi.

Diancam Sentimen Anti-Islam: Yuna Bertegas Kekal Di AS

Pada Selasa lalu, Trump yang merupakan calon Parti Republikan menang sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 sekali gus menghampakan pesaingnya dari Demokrat, Hillary Clinton.

Sementara itu, laman The Independent melaporkan kenyataan Trump yang menyeru orang Islam dilarang masuk ke AS itu sudah dipadamkan dari laman rasminya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Amerika SyarikatislamMuslimyuna
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd