• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nak Tunjuk Hebat Kat Wanita, Lelaki ‘DiKung Fu’ Panda

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pengunjung lelaki yang cuba menarik perhatian rakan wanitanya dengan mempamerkan aksi berani memasuki kandang panda bertukar ‘tragedi’ apabila ‘dikung fu’ haiwan berkenaan.

Kejadian itu dirakam di Zoo Nanchang, Nanchang, wilayah Jiangxi, China, baru-baru ini.

Video berdurasi satu minit lebih itu memaparkan pengunjung lelaki itu mengusik haiwan berwarna putih hitam itu yang sedang nyenyak tidur.

 Cuba Tarik Perhatian Rakan Wanita, Seorang Lelaki 'DiKung Fu' Panda

Lelaki itu berdiri dan melihat haiwan itu tidur tetapi kemudian melangkah lebih dekat untuk menyentuh kepala haiwan tersebut.

Tak suka waktu rehatnya diganggu, panda berkenaan bertindak menyerang lelaki itu dengan merangkul kakinya dan menjatuhkannya ke tanah.

Meskipun berusaha membebaskan diri dari terus digomol panda berkenaan namun ianya tidak berhasil sehinggalah panda gergasi itu dengan rela melepaskannya.

 Cuba Tarik Perhatian Rakan Wanita, Seorang Lelaki 'DiKung Fu' Panda

Video pengunjung lelaki itu ‘dibelasah’ panda kemudiannya menjadi sensasi di laman sosial.

Walau bagaimanapun, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu, bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius.

Menurut pengurus zoo tersebut, panda gergasi yang dikenali sebagai Mei Ling itu hanya mahu bermain dengannya.

Tambahnya lagi, meskipun kelihatan comel dan malu-malu, panda akan bertindak agresif jika berasa dirinya berada dalam keadaan terancam dan gelisah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Chinadiserangpanda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd