Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

SIA Mohon Krew Kabin...

SINGAPURA – Ketika jirannya, Malaysia Airlines Berhad bakal mewujudkan syarikat penerbangan baharu dan...

Lelaki Rusia Cuba Letup...

BANGKOK - Seorang lelaki warga Russia yang cuba meletupkan sebuah mesin ATM di...

Melayu Dipaksa Makan Babi,...

Sepang: Dipaksa makan daging babi sekali sehari oleh dalang sindiket pemerdagangan manusia berpangkalan...

“Hudud PAS Bukan Hukum...

KUALA LUMPUR - "Saya menentang hudud PAS kerana enakmen yang dirangka PAS itu...

Budak Terjatuh Kereta Ketika Pusingan U, Maut Dirempuh

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dirempuh sebuah kereta selepas dia terjatuh dari kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya di Jalan Lebuh Cemerlang di sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Jokhiri Abd Azizi berkata, mangsa yang dikenali sebagai Goh Hao Zheng Jayden, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Ketika kejadian pada pukul 8.20 malam Sabtu, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang belakang telah terjatuh keluar dari kereta itu selepas pintu penumpang terbuka semasa membuat pusingan U,” katanya.

Tambahanya, selepas terjatuh di atas jalan raya, mangsa telah dirempuh sebuah kereta lain di lorong sama.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan disahkan meninggal dunia di sana,” jelas beliau.


Jokhiri memberitahu, mangsa didapati meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kematian. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori