• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersih, Baju Merah Tak Berdaftar Akta Pertubuhan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) hari ini mengesahkan bahawa Bersih dan kumpulan Baju Merah tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1996, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata keputusan Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah adalah kedua-dua kumpulan berkenaan harus didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan untuk digazetkan sebagai pertubuhan.

Katanya memandangkan Bersih dan Kumpulan Baju Merah tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan, maka aktiviti anjuran mereka diharamkan.

“Sebagaimana saya putuskan di Dewan Rakyat semalam, penganjur perhimpunan Bersih 5.0 dan kumpulan Baju Merah tidak dibenar mengadakan sebarang perhimpunan.

“Ini adalah arahan rasmi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan penguatkuasaan akan dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi KDN 2016 di sini hari ini.

Perhimpunan kumpulan Baju Merah dirancang Sabtu ini di Dataran Merdeka manakala perhimpunan Bersih 5.0 pada 19 Nov.

Ahmad Zahid berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut mengeluarkan surat rasmi tidak mengizinkan kedua-dua kumpulan itu menggunakan Dataran Merdeka sebagai tempat perhimpunan.

“Keputusan DBKL adalah muktamad. Oleh yang demikian, keputusan pihak polis adalah selari dengan DBKL dan segala arahan hendaklah dipatuhi sepenuhnya,” tegas beliau.

Sementara itu, Mohammad Razin menjelaskan sekiranya Bersih dan kumpulan Baju Merah tidak berdaftar dengan ROS, maka ROS boleh mengenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pertubuhan.

“Difahamkan pihak Bersih didaftarkan di bawah Akta Syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan SSM akan mengambil tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapan perasmiannya mengarahkan semua agensi dan jabatan di bawah KDN bersiap siaga ke tahap optimum menghadapi musim banjir tahun ini.

“Bencana seperti banjir mungkin tidak boleh dielakkan kerana ia ketentuan Tuhan, tetapi kita boleh berusaha bagi memastikan ia dihadapi dengan cara terbaik,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji anggota dan pegawai penguatkuasaan yang sanggup meninggalkan keluarga yang turut terlibat dalam banjir, bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang lain. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd