Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Berkeliaran Pakai Baju...

NAMPAK gayanya masyarakat di dunia ini semakin lama semakin hilang rasa malu untuk...

Lakar Sejarah, Wanita Termuda...

SEORANG remaja perempuan yang baru berusia 16 tahun telah mencipta sejarah apabila berjaya...

Rakyat Lega Harga Kit...

SHAH ALAM - Rata-rata individu berpendapatan sederhana menerima baik keputusan penguatkuasaan harga siling...

Nauraj Hampir Cipta Sejarah...

RIO DE JANEIRO - Pelompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa hampir mencipta sejarah...

Berek Terbakar: 7 Keluarga Anggota PGA BN 10 Hilang Rumah

SIBU – Tujuh keluarga anggota Batalion ke-10 Pasukan Gerakan Am hilang tempat tinggal apabila berek yang diduduki mereka di Kem Lanang di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Sembilan daripada 10 unit rumah berek kayu Blok 27 itu musnah dalam kejadian yang bermula kira-kira pukul 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahri Abdullah berkata kejadian itu berlaku semasa kebanyakan penghuni sedang nyenyak tidur namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Empat buah kereta dan sebuah motosikal milik anggota pasukan itu musnah dijilat api, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut penolong pegawai pemerintah BN10, DSP Lim Kwai Seng, semua penghuni yang terjejas akibat kejadian itu akan ditempatkan sementara di rumah Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kem Lanang, kuarters pegawai dan berek yang tidak digunakan.

Katanya, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai punca kebakaran.


Pasukan Bomba dan Penyelamat Sibu menerima panggilan kecemasan pada 6.19 pagi dan menghantar tiga jentera dengan 22 anggota ke tempat kejadian.

Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba Abdul Mutalif Jaafar berkata, kebakaran terkawal sepenuhnya pada 7.27 pagi.

Anggota Dewan Undangan Negeri Dudong, Datuk Tiong Thai King turut melawat mangsa kejadian itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori