• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Barisan Exco Mahu Annuar Terus Terajui KAFA

oleh AK-47
17/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menaruh harapan tinggi supaya Tan Sri Annuar Musa terus menerajui persatuan berkenaan sebagai presiden.

Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata keputusan mesyuarat khas Exco KAFA hari ini sebulat suara menolak peletakan jawatan Presiden oleh Annuar kerana persatuan tersebut masih memerlukan khidmatnya.

“Tempoh jawatan itu (Annuar sebagai Presiden KAFA) akan berakhir pada 2018, maka khidmat beliau diperlukan bagi kecemerlangan KAFA sehingga tempoh berkenaan berakhir sebelum jawatan tersebut diambil alih individu lain,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini, hari ini.

Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh, pada 8 November lalu, meletak jawatan sebagai Presiden KAFA berkuat kuasa serta merta.

Afandi berkata pihaknya merasakan tiada calon lain yang layak menggantikan Annuar dalam tempoh berbaki itu.

“Kami melihat Annuar membuktikan beliau berjaya mentransformasikan KAFA dan sukan bola sepak Kelantan dengan cemerlang sejak mengambil alih jawatan itu pada 2008,” katanya.

Beliau berkata pihaknya memohon ‘Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan’ itu untuk mempertimbangkan keputusan mesyuarat pada hari ini.

“Kami akan berjumpa beliau dalam masa terdekat bagi memaklumkan keputusan mesyuarat ini, selain memohon semua pihak berilah peluang dan ruang kepada kami untuk terus laksanakan tugas bagi menyelesaikan perkara-perkara berkaitan pasukan dan persatuan,” katanya.

Mengenai pembentukan pasukan dan kontrak pemain bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan, Afandi berkata pasukan Kelantan sudah mempunyai 22 pemain yang akan didaftarkan untuk musim 2017.

“Majoriti pemain Kelantan musim lalu masih mempunyai kontrak bersama pasukan sehingga akhir liga 2017, cuma pemain import bergantung kepada jurulatih yang dilantik bagi mengendalikan pasukan musim depan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Afandi HamzahKAFATan Sri Annuar Musa.
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aksi Tuang Kuah Pasembur Sambil Menari

Next Post

Jamal Mahu Ketua AMK PKR Jelas Isu Banglo RM7 Juta

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

08/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak lagi membenarkan sebarang eskport ayam buat masa ini bagi menjamin bekalannya dalam negara betul-betul...

Next Post

Jamal Mahu Ketua AMK PKR Jelas Isu Banglo RM7 Juta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd