• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baju Putih, Hitam Pun Sertai Demo Haram Kuning, Merah

oleh
20/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Demi keselamatan orang ramai, pihak polis akhirnya membuat keputusan untuk menutup sebahagian besar jalan utama di tengah bandar raya Kuala Lumpur pada Sabtu.

Keputusan secara mengejut itu dibuat susulan ada laporan kehadiran dua lagi kumpulan iaitu Baju Putih dan Baju Hitam yang turut menyertai perhimpunan haram Bersih 5 atau Baju Kuning selain lawannya, gerakan Baju Merah.

Ini menyaksikan sebanyak 58 laluan membabitkan tujuh kawasan utama di sekitar ibu negara dilencongkan mulai jam 7 pagi Sabtu, susulan himpunan jalanan tanpa permit yang dijangka berlangsung di Dataran Merdeka.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata lencongan membabitkan kawasan sekitar Maybank (Bangsar), Little India (Brickfields), Masjid Negara dan Muzium Negara, Sogo dan Dataran Merdeka.

Turut terlibat ialah laluan sekitar Parlimen dan Bank Negara, Pudu Sentral dan Pasar Seni, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Jalan Chow Kit. Lencongan itu berakhir sebaik perhimpunan tersebut selesai lewat petang.

“Polis sudah bersedia dengan kekuatan yang mencukupi bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam,” kata Amar Singh pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai yang tidak mempunyai sebarang urusan penting agar dapat mengelak daripada memasuki laluan ke Dataran Merdeka kerana dikhuatiri berlaku kesesakan trafik teruk sepanjang waktu tersebut.

Sementara itu, seramai 7,000 anggota dan pegawai polis ditugaskan mengawal perhimpunan haram BERSIH 5 dan Gerakan Baju Merah esok, jelas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dalam satu kenyataan.

“Polis akan bertindak mengikut peruntukan undang-undang, termasuk menangkap sesiapa sahaja yang mahu mencetuskan ketegangan,” tegasnya lagi sambil memberi amaran langkah keras boleh dilakukan mengikut keadaan.

jalantutup-bersih

Berikut ialah kenyataan penuh Ketua Polis Kuala Lumpur:

Umum diketahui pada Sabtu ini iaitu pada 19 November 2016 beberapa perhimpunan oleh beberapa kumpulan akan diadakan secara besar-besaran di sekitar Dataran Merdeka dan beberapa lagi kawasan di Kuala Lumpur.

Mungkin ramai akan bertanyakan sama ada perhimpunan ini yang berlunaskan Artikel 10 Perlembagaan Malaysia (Freedom of assembly) adalah juga sah dan mengikuti peraturan sepertimana termaktub dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012…. dan sama ada bolehkah mereka menghadiri perhimpunan tersebut.

Sehubungan dengan itu,ingin saya membuat penjelasan disini.
Polis Kuala Lumpur telah menerima notis daripada dua kumpulan iaitu:-

i) Kumpulan Bersih 5.0; (baju kuning)
ii) Kumpulan NGO Gabungan Gerakan Merah Malaysia (Baju Merah)

Secara terperincinya, Polis Kuala Lumpur telah menerima notis daripada kumpulan Bersih pada 28 Oktober 2016 untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka manakala notis daripada kumpulan Gabungan Gerakan Merah Malaysia kami telah terima pada 1 November 2016 di mana mereka pula telah memberi notis untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbuk.

Kedua-dua notis kumpulan ini tidak diproses kerana mereka gagal mendapatkan kebenaran daripada tuan punya tanah/tapak dimana perhimpunan diadakan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti mana yang telah disyaratkan di bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Walau bagaimanapun pihak polis KL telah menasihati dan mencadangkan kedua2 kumpulan ini untuk mengajurkan perhimpunan mereka ditempat yang sesuai dan dapat kebenaran dari tuanpunya tanah seperti mana kehendak seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012.

Malangnya sehingga hari ini kedua-dua kumpulan ini tidak dapat mengemukakan cadangan alternatif yang sesuai.

Maka dengan ini kedua-dua perhimpunan ini tidak memenuhi syarat-syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan dengan itu secara automatiknya ia melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Selain daripada dua kumpulan ini juga, melalui media sosial dapati dua lagi kumpulan lain yang juga akan turut serta dalam perhimpunan ini iaitu :-
i) Kumpulan Baju Putih;
ii) Kumpulan Baju Hitam;

Akan tetapi tiada sebarang permohonan/notis diterima daripada 2 kumpulan ini.

Sehubungan dengan itu, dengan adanya keempat-empat kumpulan ini akan mengadakan perhimpuan di tempat yang sama dan pada tarikh dan masa yang sama.

Mereka yang mempunyai fahaman berbeza ini ada berkemungkinan yang besar akan berlaku selisih faham dan akan menimbulkan kekacauan pada masa perhimpunan itu bertembung.

Oleh yang demikian, pihak polis KL telah menasihati kesemua kumpulan ini untuk tidak meneruskan perhimpunan, mengambil kira isu-isu keselamatan dan ketenteraman awam di bandar raya Kuala Lumpur, akan tetapi mereka masih berdegil dan mahu meneruskan perhimpunan ini.

Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan perhimpunan haram dan mana-mana kumpulan ini baik Kuning, Merah, Putih dan Hitam.

Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan tangkapan bagi mereka yang menimbulkan kekecohan dan mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman aman di bandar raya KL dan melanggar undang-undang semasa perhimpunan tersebut.

Ingin juga saya menegaskan di sini Polis KL dengan kekuatan yang mencukupi akan tetap mengadakan kawalan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di sekitar KL terkawal.

Ingin juga saya maklumkan,yang kita akan mengadakan lencongan jalan di beberapa jalanraya di sekitar KL.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengelak daripada memasuki laluan ke Dataran Merdeka

Jalan-jalan yang dilencongkan adalah di kawasan-kawasan berikut :-

i) Kawasan sekitar Maybank Bangsar;
ii) Kawasan sekitar Brickfields (Little India);
iii) Kawasan sekitar Masjid dan Muzium Negara;
iv) Kawasan sekitar Sogo dan Dataran Merdeka;
v) Kawasan sekitar Parlimen dan Bank Negara;
vi) Kawasan sekitar Pudu Central dan Central Market;
vii) Kawasan sekitar PWTC dan Chow Kit.

Pihak polis membuat lencongan jalan ini adalah untuk memastikan keadaan lalu lintas terkawal memandangkan ada di antara kumpulan yang terlibat dengan perhimpunan ini akan menggunakan kenderaan semasa berhimpun.

Selain daripada itu, apabila empat kumpulan berkumpul di satu tempat dan masa yang sama dijangkakan jumlah peserta sememangnya dalam jumlah yang besar daripada kebiasaan.

Lencongan ini adalah untuk memastikan tiada kesesakan lalu lintas semasa perhimpunan berlaku.

Sememangnya pihak polis sedar berhubung dengan hak-hak untuk berhimpun dan mengadakan perhimpunan sepertimana tertakluk di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, walaubagaimanapun perhimpunan tersebut hendaklah berlangsung dengan aman dan terkawal.

(DATO’ AMAR SINGH ISHAR SINGH) CP
KETUA POLIS KUALA LUMPUR.

Tags: BersihDataran Merdeka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kos Pengeluaran Minyak Masak Kitar Semula Lebih Mahal

Next Post

Isu Kualiti Hidup, Kenyataan Rohani Disalah Lapor

Related Posts

Polis Giat Kesan Individu Bergaduh Di Dataran Merdeka

Polis Giat Kesan Individu Bergaduh Di Dataran Merdeka

01/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis giat mengesan suspek pergaduhan membabitkan sekumpulan individu sebagaimana tular di Facebook yang dipercayai berlaku di Dataran Merdeka,...

Bersih Sudah Seperti Keluarga Sendiri, Kata Fahmi

Bersih Sudah Seperti Keluarga Sendiri, Kata Fahmi

03/08/2024
0

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan dia tidak berniat untuk menyebut nama Bersih sebagai antara pihak yang tidak hadir ke sesi...

Next Post

Isu Kualiti Hidup, Kenyataan Rohani Disalah Lapor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd