• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Pengeluaran Minyak Masak Kitar Semula Lebih Mahal

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tidak terdapat pengusaha kilang yang dilapor mengeluarkan minyak masak yang telah dikitar semula memandangkan kos pengeluarannya adalah lebih mahal berbanding harga minyak masak bersubsidi.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Roslan Mahayudin berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pihak pengilang dan pengeluar minyak masak.

“Kita dimaklumkan oleh pihak pengeluar bahawa untuk memproses semula minyak masak yang telah digunakan, kosnya adalah lebih tinggi iaitu lebih RM3 sekilogram berbanding minyak masak bersubsidi yang berharga RM2.50 sekilogram.

“Jadi adalah mustahil untuk mereka mengeluarkan minyak masak kitar semula dengan kos yang tinggi seperti itu,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa 2016 oleh Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di sini hari ini.

Namun katanya aktiviti penjualan minyak masak kitar semula diakui berlaku di negara yang harga bahan tersebut adalah mahal.

“Tetapi kementerian tetap terbuka untuk menerima sebarang aduan daripada orang ramai jika mengesyaki adanya kerja-kerja mengitar semula minyak masak yang telah digunakan,” kata Mohd Roslan.

Bagaimanapun, beliau berkata aktiviti mengutip minyak masak yang telah digunakan adalah sah di sisi undang-undang dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia turut mengeluarkan lesen kepada pengusaha bagi menjalankan aktiviti tersebut.

“Namun apa yang kita tegaskan adalah aktiviti yang dilakukan bukanlah untuk memproses semula ia menjadi minyak masakan tetapi bagi dijadikan bahan lain seperti biofuel, sabun dan makanan binatang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Minyak Masak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

26/10/2024
0

TUMPAT : Pemandu sebuah kereta disyaki penyeludup lari meninggalkan kenderaan membawa muatan 850 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi untuk mengelak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd