• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet Johor 2017 Bukan Bajet ‘Syok Sendiri’

oleh Ahmad Albab
27/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA ISKANDAR – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menepis dakwaan bahawa bajet negeri yang dibentangkan beliau pada 17 Nov lepas bersifat ‘syok sendiri’, jauh sekali merekodkan defisit.

Ketika menegaskan demikian sewaktu ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Mohamed Khaled berkata bajet itu sememangnya mempunyai lebihan meskipun belum termasuk pembentangan peruntukan tambahan.

“Perkara paling mudah untuk mengesahkan sama ada bajet kita defisit atau lebihan adalah dengan menyemak dan melihat laporan Ketua Audit Negara, yang mana jika dibandingkan antara laporan itu dan pengiraan sendiri oleh Pengkalan Rinting, wujud perbezaan yang jelas.

“Jadi, berpeganglah kepada Laporan Ketua Audit Negara. Ia tentunya rekod rasmi yang sah dan diperakui melainkan pembangkang beranggapan Ketua Audit Negara juga bersekongkol dengan kerajaan negeri untuk memutarbelitkan laporan Audit Negara,” katanya.

Mohamed Khaled mengulas dakwaan Cheo Yee How (DAP-Pengkalan Rinting) yang mengatakan Bajet Johor 2017 adalah bajet ‘syok sendiri’ kerana merekodkan defisit setelah ditambah dengan peruntukan tambahan.

Mohamed Khaled berkata beliau tidak hairan dengan dakwaan Cheo itu memandangkan Cheo pernah mengkritik bajet negeri pada 2014 dengan mengatakan ia juga mengalami defisit sebanyak RM129,407.

“Tetapi, Laporan Ketua Audit Negara memperakui Johor mempunyai lebihan RM359.4 juta.

“Pada 2015 pula, ADUN Pengkalan Rinting sekali lagi mendakwa kita mempunyai defisit RM200,719 sedangkan Laporan Ketua Audit Negara memperakui Johor mempunyai lebihan sebanyak RM153.8 juta,” katanya.

Bajet Johor 2017 bertemakan ‘Johor Berkemajuan, Rakyat Sejahtera’ itu memperuntukkan RM1.609 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan bagi menjadikan negeri itu kuasa ekonomi baharu di tanah air dan Asia Tenggara.- BERNAMA

Tags: Bajet 2017Khaled Nordin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki ‘Berlakon’ Sebagai Doktor Ditahan

Next Post

Hukuman Kasari Penguatkuasa Terlampau Ringan

Related Posts

MINDEF Sedia Teliti SOP Persembahan Penerbangan Raptai – Khaled Nordin

MINDEF Sedia Teliti SOP Persembahan Penerbangan Raptai – Khaled Nordin

25/04/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedia meneliti keperluan untuk melihat semula prosedur operasi standard (SOP) bagi persembahan formasi penerbangan...

LTAT Umum Dividen Selepas Diluluskan Lembaga Pengarah, Kementerian – Khaled Nordin

LTAT Umum Dividen Selepas Diluluskan Lembaga Pengarah, Kementerian – Khaled Nordin

27/02/2024
0

KUALA LUMPUR : Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, memberi jaminan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2023 akan...

Next Post

Hukuman Kasari Penguatkuasa Terlampau Ringan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd