• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anjur Perhimpunan RUU 355: Penyokong Pakatan Kecam PAS

oleh Ahmad Albab
28/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengumuman PAS mahu mengadakan perhimpunan secara besar-besaran bagi menyokong pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Dewan Rakyat dikecam hebat oleh penyokong Pakatan Harapan.

Mereka menganggap perhimpunan itu sesuatu yang membazir dan tidak sepatutnya diadakan kerana pindaan akta bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah cuma satu mainan politik oleh PAS untuk memperkudakan agama bagi meraih sokongan.

Berikut ‘secebis’ daripada kutukan dan penghinaan yang dilemparkan penyokong Pakatan Harapan ke atas PAS di media sosial:

“Buat apa berhimpun peluang diberi asyik nak tangguh nampak macam main wayang pak haji kulup ni,” kata pemilik akaun Facebook Diba kepengy 11 yang dipercayai merujuk kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Dah sesak nafas masa tangguh kali pertama dan langsung padam masa tangguh kali kedua. Dalam dewan dia minta tangguh, keluar dewan dia berkokok macam jaguh. Sudah-sudahlah mempermainkan agama nie,” kata Mohd. Rizal Abdul Razak.

“Tolol dan Bodoh Lobai. Dia baca dan dia tangguh..keluar dewan berkokok kalah AHOK..baik Nik Amar pula sudah siap nak bentang..,” kata MH Taib.

“Kawan bukan islam tanya hukuman yang dijatuhkan apabila dibayar boleh terhapus dosakah? Mohon pihak dari PAS jawap ni,” kata Mohd Kassim.

PAS semalam mengumumkan satu perhimpunan jauh lebih besar berbanding Bersih 5 akan diadakan awal tahun depan oleh parti itu bagi menyokong pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan dipetik berkata, perhimpunan bagi menyokong pindaan akta sedia ada supaya dapat memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah tersebut akan diadakan sebelum Mac 2017.

Kata Nasrudin, sokongan umat Islam keatas perhimpunan itu sangat penting untuk berdepan provokasi, ugutan dan ancaman melampau pihak tertentu yang mahu mengagalkan usaha itu dengan pelbagai tohmahan dan fitnah jahat.

Usaha PAS untuk meminda akta bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah itu mendapat tentangan hebat Pakatan Harapan yang diketuai parti DAP.

DAP mendakwa langkah PAS itu sebenarnya usaha terancang parti itu untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini yang bercanggah dengan hak kebebasan dan Perlembagaan Negara.

DAP menyifatkan undang-undang hudud adalah satu bentuk perundangan lapuk, ketinggalan zaman dan mengundang bias kepada golongan lemah terutama wanita.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) pula mendakwa RUU 355 oleh PAS mengelirukan dan mengundang bahaya demi mengampu bukan Islam supaya menyokong mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Dewan RakyatMahkamah SyariahPASRUU 355
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd