• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli UMNO Mesti Ada Mentaliti Menang Pilihan Raya Umum

oleh Ahmad Albab
27/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO 2016, yang bermula Selasa ini, perlu menjadi medan mencatur strategi dan membentuk mentaliti menang di kalangan ahli UMNO bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata perhimpunan tahunan parti kali ini harus menjurus ke arah pilihan raya umum bagi UMNO merangka strategi mentaliti menang untuk meraih sokongan rakyat dan mendapat mandat besar.

“Kita mesti membangunkan mentaliti menang dan ia sangat penting. Kenapa apabila orang pergi berperang, dia buat panji-panji, dia buat cogan kata? Sebab ia menjadi lambang untuk pergi berperang,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Selain menyuntik semangat mentaliti menang dalam kalangan setiap ahli UMNO itu, anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata perhimpunan parti mestilah berupaya menzahirkan solidariti, kecintaan kepada perjuangan parti dan kesatuan pemikiran antara anggota dan pucuk pimpinan parti.

Dalam konteks solidariti, katanya, ia perlu lebih daripada hanya kesatuan dalaman UMNO.

“Bukan hanya terbatas dalam UMNO, tetapi dalam saf lebih besar dalam konteks Barisan Nasional, sebab itu Perhimpunan Agung UMNO bertemakan warna biru kali ini, walaupun pakaian rasmi kita merah. Ini beri isyarat bahawa kita adalah sebahagian daripada keluarga yang lebih besar,” katanya.

Annuar berkata para perwakilan juga perlu menjadikan perhimpunan agung parti untuk menggarap strategi terbaik dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Strategi bukan sahaja datang daripada atas, tetapi yang penting daripada peringkat pusat daerah mengundi, bahagian dan cawangan. UMNO adalah parti akar umbi, jadi semuanya perlu sedar. Tak boleh lagi seperti biasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaPAU 2016UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd