• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Berangkat Ke Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih

oleh Ahmad Albab
16/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

Istiadat perbarisan itu diadakan sebagai penghargaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Tuanku Abdul Halim yang juga Pemerintah Tertinggi ATM dan Tuanku Hajah Haminah atas tamat tempoh rasmi perkhidmatan baginda berdua sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke-14 pada 12 Dis ini.

Keberangkatan tiba pasangan diraja itu di Dataran Panglima Tentera Darat pada pukul 8.30 pagi disambut dengan ‘Hormat Diraja’ oleh peserta perbarisan dan disusuli dengan lagu Negaraku.

Tuanku Abdul Halim yang akan tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Dis ini akan digantikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Baginda telah mencatat sejarah setelah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua pada 2012. – BERNAMA

Tags: Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

Agong Seru Umat Islam Syukuri Aidilfitri, Terus Istiqamah Dan Prihatin Sesama Insan

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan seluruh umat...

Agong Titah Jangan Lupa Prinsip Rukun Negara, Kita Tidak Boleh Terima Orang Kurang Ajar

Agong Titah Jangan Lupa Prinsip Rukun Negara, Kita Tidak Boleh Terima Orang Kurang Ajar

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya rakyat Malaysia jangan lupa terhadap lima prinsip Rukun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd