• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Afifah Tidak Tersinggung Dibandingkan Dengan Anzalna

oleh Ahmad Albab
11/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon baharu, Afifah Nasir tidak berasa tersinggung sekiranya ada pihak yang membuat perbandingan mengenai bakat lakonan dia dengan kakaknya, Anzalna Nasir.

Afifah atau Nur Afifah Md Nasir, 23, berkata, sekiranya perkara itu berlaku dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana hakikatnya Azalna ialah darah dagingnya.

“Setakat ini tiada lagi yang membanding-bandingkan kami tetapi saya ada menjangkakan perkara itu akan berlaku.

“Saya tidak kisah pun sebenarnya kerana hakikatnya dia ialah kakak saya,” katanya kepada mStar Online.

Afifah ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Pengantinku Jatuh Dari Langit yang diadakan di sini, Khamis.

Selain Afifah yang memegang watak utama, drama 30 episod arahan Idora Abdul Rahman itu turut menampilkan Hafreez Adam, Faye Kusairi, Azhar Sulaiman, Fahad Iman, Kismah Johar dan Azam Pitt.

Ia bakal bersiaran bermula 30 November ini pada setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 9 malam menerusi saluran HyppSensasi (HyppTV 116) dan HyppTV Everywhere (aplikasi mobil HyppTV).

Dalam pada itu, Afifah berkata, walaupun begitu dia masih berharap dapat membina nama dalam bidang seni atas kredibilitinya sendiri dan bukan sekadar menumpang populariti Anzalna.

Jelasnya, sebagai pendatang baharu dia mempunyai strategi dalam memastikan namanya diingati kerana bakat lakonan.

“Hakikat Anzalna kakak saya itu tidak boleh diubah namun saya akan berikan yang terbaik dalam memastikan penonton dan peminat mengenali saya kerana bakat lakonan.

“Sebagai pendatang baharu saya ingin mencuba banyak benda baharu dan pada tahap ini saya tidak memilih watak diberikan,” katanya.

Berkongsi penglibatannya sebagai pelakon, Afifah berkata, ia berlaku secara tidak sengaja apabila pihak Global Station menelefonnya menyatakan minat untuk mengambil berlakon selepas menonton videonya di Instagram.

Lebih berminat dengan dunia nyanyian, Afifah bagaimanapun mengambil keputusan untuk mencuba dan diterima berlakon dalam drama berjudul Aku Bukan Bimbo selepas menjalani uji bakat.

“Saya mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan pada awal tahun ini itu pun selepas mendapat panggilan daripada pihak Global Station.

“Awal dahulu memang takut kerana saya tidak rasa ada bakat dalam lakonan namun Alhamdulillah diterima dan saya pun fikir tidak salah mencuba,” jelasnya yang turut mendapat sokongan Anzalna.

Afifah merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang psikologi dan komunikasi dari sebuah universiti di Australia. – mStar Online

Tags: Afifah Nasiranzalna nasirpelakon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd