• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adun BN Selangor Hantar Usul Tergempar Bincang Isu Splash

oleh AK-47
09/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Anggota Dewan Barisan Nasional negeri telah menghantar usul tergempar bagi membincangkan isu nilai pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) oleh kerajaan negeri, namun usul itu ditolak Speaker Dewan Undangan Negeri, Hannah Yeoh.

ADUN Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata usul itu perlu segera dibincangkan sebab terdapat percanggahan kenyataan antara bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung nilai pengambilalihan sebenar syarikat konsesi air itu.

Yeoh memberitahu sidang media selepas selesai persidangan DUN hari ini, bahawa usul itu ditolak sebab notis usul dikemukakan kepada setiausaha Dewan dan bukan kepadanya.

Katanya usul itu tidak perlu disegerakan sebab usaha pengambilalihan Splash masih dalam perbicangan antara kerajaan negeri dan pusat selain Mohamed Azmin memberikan penjelasan panjang mengenai isu itu dalam sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2017.

Mohamed Azmin, dalam satu portal berita sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan negeri semasa di bawah Abdul Khalid tidak pernah memaklumkan kepada DUN berkenaan tawaran RM2.975 bilion yang dibuat kepada Splash melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya pada 19 Julai 2009.

“Pentadbiran sebelum ini menyatakan nilai tawaran pengambilalihan Splash adalah sebanyak RM250 juta dan inilah angka yang diuar-uarkan seantero dunia, namun orang yang sama tidak pernah memaklumkan kepada Dewan berkenaan tawaran RM2.975 bilion yang dibuat kepada Splash melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya 19 Julai 2009,” kata Mohamed Azmin ketika sesi penggulungan Belanjawan 2017 Negeri pada sidang DUN Selangor di sini minggu lepas.

Abdul Khalid pula berkata kerajaan Selangor tidak pernah menawarkan bayaran sebanyak RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti Splash antara 2008 dan 2014 seperti yang didakwa Mohamed Azmin.

Katanya nilai terakhir yang ditawar kepada Splash semasa dalam pentadbirannya adalah hanya RM250.6 juta sebagai bayaran ekuiti. – BERNAMA

Tags: BNDatuk Mohd Shamsudin LiasselangorSplash
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd