• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AADK Sabah Hapus 178 Kawasan Berisiko Tinggi Dadah

oleh AK-47
23/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sebanyak 178 kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi dadah dihapuskan menerusi Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah tahun ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata langkah itu bagi memperkasakan masyarakat dalam menangani permasalahan dadah di negeri ini.

“Pendekatan ini juga bertepatan dengan program ‘Community Empowerment’ yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada 8 Dis depan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Jainab juga berkata satu kertas kerja akan dibincangkan dalam sebuah jawatankuasa khas bagi menggariskan kaedah baharu dalam menangani isu dadah.

Turut dibincangkan ialah penyelesaian dalam pelaksanaan program kesedaran yang lebih efektif, katanya.

Jainab turut memaklumkan satu kertas cadangan berhubung kanak-kanak jalanan di Sabah telah disediakan dan dalam semakan terakhir.

Menurutnya, kertas cadangan itu akan diserahkan kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.

Ketika ini, beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri akan menempatkan kanak-kanak jalanan di Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu sekiranya kanak-kanak terlibat mempunyai dokumen pengenalan diri dan berstatus warganegara.

“Sekiranya kanak-kanak tersebut tidak mempunyai dokumen dan bukan warganegara Malaysia, mereka akan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk dihantar ke Rumah Perlindungan Ehsan Kota Kinabalu sehingga mereka dituntut,” katanya.

Dalam usaha melindungi hak pengguna di negeri ini, Jainab berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri telah menjalankan pemeriksaan ke atas 45,570 premis perniagaan dan membuat rampasan bernilai RM2.5 juta membabitkan denda atau kompaun bernilai RM289,270. – BERNAMA

Tags: AADKDatuk Jainab Ahmad Ayid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kajian SSPA Diumum Pada Suku Keempat Tahun Ini – Anwar

Gagal Lolos Sekatan JPJ, Beri Alasan Sukar Kencing Kepada AADK

09/02/2024
0

BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi,...

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

29/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Dianggarkan kira-kira 3.3 juta rakyat Malaysia sengsara akibat aktiviti penagihan dadah. Ikuti Mynewshub: Telegram Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd