Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Gempa Sabah: Gambar Malim...

GAMBAR seorang malim gunung berbaju hijau sambil mendukung seorang kanak-kanak lelaki yang cedera...

Penumpang Keluar Pintu Salah,...

LONDON – Gara-gara ratusan penumpang sebuah pesawat keluar melalui pintu yang salah, operasi...

Nik Abduh Akui UMNO...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui...

PRK: Keluar Mengundi, Jangan...

Johor Bahru : Pengundi di Parlimen Pulai diingatkan untuk mengambil pengajaran yang berlaku...

8 Penagih Ditahan Setelah Rakan Pecah Rahsia

TELUK INTAN – Lapan penagih dadah berumur lingkungan antara 40 hingga 50 tahun ditahan dalam Ops MBM 2 Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hilir Perak, di sekitar Kampung Padang Tembak, di sini pada Khamis.

Ketua Pegawai AADK Hilir Perak Najmiah Hanafi berkata bermula dengan hanya dua tangkapan hasil maklumat orang awam, pihaknya kemudian menahan enam lagi penagih selepas rakan mereka sendiri memecahkan rahsia.

“Ketika disoal siasat, kedua-dua penagih itu memaklumkan kepada kami bahawa terdapat beberapa orang lagi rakan mereka menagih dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Justeru, katanya, sepasukan anggota AADK terus melakukan serbuan ke beberapa rumah di kampung berkenaan dan menahan tujuh orang lagi.


Jelasnya namun seorang daripada tujuh individu yang ditahan didapati negatif dadah dan dilepaskan oleh anggota AADK.

Kesemua mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan morfin dan kini ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori