BAGHDAD – Sekurang-kurangnya 70 orang maut dan 10 lagi cedera apabila seorang pengebom bunuh diri meletupkan kereta di sebuah stesen minyak di bandar al-Hilla, yang terletak 100 kilometer dari selatan Baghdad, pada Khamis.
Serangan berlaku di stesen minyak yang bersebelahan dengan restoran yang digunakan pengikut Syiah, termasuk dari Bahrain untuk berehat ketika dalam perjalanan balik dari Arbaeen, di Karbala.
Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu mendakwa jumlah kematian lebih 80 orang. – AGENSI/BH ONLINE