• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

70 Rumah Sekitar Butterworth Dilanda Banjir Kilat

oleh
20/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Lebih 70 buah rumah di sekitar daerah in dilanda banjir kilat selepas hujan lebih tiga jam awal hari ini.

Kawasan yang terjejas ialah Kampung Sungai Lokan, Kampung Tok Bani, Kampung Manggis, Kampung Perlis, Jalan Assumption, Bagan Dalam dan Taman Limbungan.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri Pulau Pinang, hujan lebat bermula pukul 3 pagi hingga 6.30 pagi itu turut menyebabkan Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil (T) Mak Mandin dan beberapa buah kilang di Jalan Perusahaan Mak Mandin 5 dinaiki air.

Paras air naik antara 0.3 meter (m) hingga 0.6m, namun tiada penduduk dipindahkan selepas air surut kira-kira tiga jam kemudian.

“Kawasan paling terjejas ialah Kampung Perlis dan Jalan Assumption apabila lebih 50 rumah penduduk di situ dinaiki air akibat banjir kilat. Pihak jawatankuasa sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa,” menurut sekretariat berkenaan.

Sementara itu, seorang mangsa banjir di Kampung Perlis, Abdul Razak Ibrahim, 39, berkata beliau hanya menyedari rumahnya dinaiki air selepas jiran menelefon memberitahu kawasan kampung mereka dilanda banjir kilat.

“Masa tu pukul 5 pagi dan saya terus bangun dan kejutkan isteri serta anak-anak. Kami sempat alihkan beberapa barangan elektrik ke tempat lebih tinggi supaya tidak rosak,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Katanya ini kali ketiga banjir kilat melanda rumah mereka dalam bulan ini dan beliau berharap pihak berkuasa terutama kerajaan negeri dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasinya.

Jirannya, Noorzalinah Mohd Jamal, 51, mendakwa banjir kilat itu berlaku berikutan keadaan longkang dan parit utama di kawasan itu sempit sehingga air hujan tersekat dan masuk ke dalam rumah penduduk.

“Ini bukan masalah baru, ia berlaku sejak beberapa tahun lepas, malah jika hujan lebat lebih sejam, rumah penduduk di sini akan dinaiki air. Kami sudah letih membasuh dan mengemas rumah akibat banjir kilat,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirButterworth
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd