• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pemuda Ditahan Miliki Dadah Bernilai RM2,500

oleh AK-47
06/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan dua lelaki serta merampas sejumlah dadah bernilai kira-kira RM2,500 dalam Operasi Tapis di sebuah rumah di Felda Pasak dekat Kota Tinggi pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi pada pukul 8.15 malam itu, berhasil menahan kedua-dua suspek berumur 52 dan 43 tahun dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Pemeriksaan ke atas beg galas yang dibawa seorang suspek menemukan dadah jenis heroin seberat 105.29 gram bernilai RM2,000 dan tiga paket plastik lutsinar dipercayai mengandungi syabu seberat 2.45 gram yang bernilai RM500.

Turut dirampas satu alat penimbang digital berwarna hitam dan wang tunai berjumlah RM347, dipercayai hasil aktiviti menjual dadah, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Rahmat berkata ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas kedua-dua suspek mendapati seorang daripada mereka positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.

Kedua-dua suspek direman tujuh hari hingga 9 Nov ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kes dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd