• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Orang Dihukum Mati Bersalah Bunuh Eksekutif Syarikat AS

oleh Ahmad Albab
27/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

COLOMBO – Sebuah mahkamah di Sri Lanka menjatuhkan hukuman mati ke atas 18 lelaki selepas membunuh seorang eksekutif syarikat teh Amerika Syarikat di sini tiga tahun lalu, kumpulan terbesar pernah dihukum mati dalam satu perbicaraan tunggal di negara Asia Selatan itu.

Mahkamah Tinggi Sri Lanka semalam mendapati semua lelaki yang juga ahli kumpulan jenayah itu bersalah menetak dan memukul Nihal Perera sehingga mati, di Deraniyagala, sebuah bandar di pinggir ibu negara, pada Julai 2013.

Mangsa yang berusia 71 tahun, seorang warga Sri Lanka, adalah penguasa ladang teh Noori Estate dikendalikan syarikat Walters Bay yang berpangkalan di Texas.

Kematian tragis beliau mencetus kemarahan orang ramai terhadap polis ketika itu.

Penunjuk perasaan menuduh polis gagal menangani kumpulan jenayah yang didakwa diketuai ahli bekas parti Presiden Mahinda Rajapaksa itu di negara ini.

Seramai 21 lelaki ditangkap atas tuduhan membunuh dan perbicaraan bermula pada Februari 2015, dengan kira-kira 20 saksi memberi kenyataan.

Bagaimanapun, tiga daripada suspek dibebaskan.

“Antara lelaki yang dihukum mati hari ini adalah seorang ahli politik (dari pihak Rajapaksa) yang mengetuai majlis kerajaan tempatan di kawasan itu,” lapor AFP memetik seorang pegawai mahkamah yang tidak mahu dikenali.

Tambahnya, mangsa ditetak hingga mati kerana cuba menyekat kegiatan jenayah kumpulan itu.

Tertuduh juga didapati bersalah menyebabkan kecederaan parah kepada tiga pekerja firma teh berkenaan.

Mahkamah Sri Lanka lazimnya menjatuhkan hukuman mati ke atas kesalahan rogol, membunuh dan jenayah berkaitan dadah, tetapi keputusan yang dibuat kerap diringankan kepada hukuman penjara seumur hidup kerana moratorium tidak rasmi ke atas hukuman mati. – Agensi/BH ONLINE

Tags: kes bunuhSri Lanka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd