• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Anggota Geng 36 Ditahan, Serang Pemuda Di Chemor

oleh Ahmad Albab
02/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menahan 12 daripada 20 anggota kongsi gelap ‘Geng 36’ selepas menyerang sekumpulan pemuda menggunakan senjata tajam di Kampung Pisang, Chemor di sini Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata dalam kejadian 29 Oktober lalu kira-kira 2 pagi, kesemua mangsa diserang akibat menceroboh kawasan kumpulan terbabit.

“Sewaktu kejadian sebuah kereta peronda polis secara kebetulan membuat rondaan di kawasan berkenaan, namun suspek melarikan diri apabila ternampak kereta peronda polis.

“Hasil maklumat dan risikan dijalankan, polis kemudian menahan 12 suspek di sekitar Chemor bermula 31 Oktober hingga 1 November,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.

Katanya serangan kumpulan berkenaan menyebabkan tujuh orang berumur lingkungan 21 hingga 24 tahun mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Menurut Gan, hasil siasatan mendapati tiga daripada 12 suspek yang ditahan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk rusuhan, mendatangkan kecederaan serta melanggar perintah sekatan.

Katanya semua suspek ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (Merusuh Dengan Senjata) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata pihaknya turut merampas 13 senjata tajam pelbagai saiz termasuk parang, kerambit, dan pisau serta dua motosikal dipercayai digunakan suspek dalam kegiatan jenayah kekerasan kumpulan itu. – BERNAMA

Tags: Kongsi Gelappolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

AGC Arah Polis Segera Lengkapkan Siasatan Kematian Pemandu Lori Dalam Tahanan

AGC Arah Polis Segera Lengkapkan Siasatan Kematian Pemandu Lori Dalam Tahanan

06/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengarahkan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Aman untuk segera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd