• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut Menunggu Giliran Terima Bantuan

oleh Ahmad Albab
14/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Seorang warga emas meninggal dunia ketika sedang menunggu giliran untuk menerima sumbangan anjuran Pertubuhan Sentuhan Kasih Al-Qalam yang diadakan di Kampung Borakhas, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi, Salleh Saad, 71, yang berasal dari Jalan Sungai Korok, Bukit Tembaga, dikatakan sedang menunggu giliran untuk menerima bantuan berbentuk makanan dan wang sebelum rebah dipercayai akibat penyakit jantung yang dihidapnya sejak 10 tahun lalu.

Mohd Hafiz Jamil, 29, jurukamera sebuah syarikat televisyen, berkata ketika kejadian, dia sedang merakamkan visual program sebelum secara tiba-tiba mangsa rebah sehingga terkena bahagian belakangnya lalu jatuh.

“Saya cuba memberi bantuan dengan membantu mengangkat mangsa sebelum meminta bantuan daripada pengamal perubatan yang ada di situ,” katanya.

Pegawai perubatan dari Hospital Kuala Nerang yang tiba 15 minit kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Semasa bantuan pernafasan diberi, mangsa sudah tidak sedarkan diri dan mangsa mengalami luka di dahi akibat terjatuh ke lantai,” katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang Datuk Badrol Hisham Hashim yang hadir merasmikan program tersebut berkata jenazah dibawa ke Hospital Kuala Nerang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sungai Korok selepas asar. – BERNAMA

Tags: mautwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd