• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Mesti Menang Bukan Sebab Pembangkang

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – UMNO mesti menang dengan kekuatan sendiri pada pilihan raya umum akan datang dan bukannya bergantung kepada perpecahan dalam kalangan pembangkang, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Justeru, beliau menggesa anggota UMNO di setiap peringkat supaya bekerja keras dan melakukan persediaan untuk berdepan pembangkang secara satu lawan satu.

“Dalam simulasi yang kita lakukan sekarang ini, kita akan melihat kepada tahap sokongan terhadap UMNO apabila semua undi yang menentang kita itu dicampur. Kalau kita masih dapat kemenangan kita berada bukan dalam keadaan selesa tapi kuat.

“Tapi kalau kita dapati kita masih bergantung kepada perpecahan (pembangkang), kita berada dalam keadaan yang tidak berapa selesa. Hari ini mungkin mereka berpecah tapi esok mereka mungkin bersatu kembali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup Konvensyen UMNO Kelantan yang dihadiri kira-kira 2,500 anggota UMNO di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Mengenai peluang golongan muda dan profesional untuk berada dalam UMNO, Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata parti itu sentiasa membuka pintu seluas-luasnya kepada golongan tersebut.

Bagaimanapun, katanya golongan itu mesti bekerja keras dan menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk diterima bukan sahaja di peringkat pucuk pimpinan malah akar umbi serta rakyat.

“Saya tak mahu golongan profesional masuk dalam UMNO dia ingat oleh kerana dia muda, dia berpendidikan tinggi, dia boleh dapat laluan mudah untuk menjadi
calon dan seorang timbalan menteri (misalnya).

“Dalam UMNO dia kena ada satu usaha untuk diterima akar umbi, diterima oleh rakyat dan diterima oleh parti,” katanya.

Terdahulu, Mustapa, dalam ucapan penggulungannya, mengusulkan tujuh resolusi merangkumi pengukuhan solidariti, akur kepada keputusan pimpinan dan setia kepada perjuangan parti, cakna rakyat serta melaksanakan rejuvenasi atau pengislahan UMNO.

Yang lain ialah memperkukuh jentera parti khususnya di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM), mendekati golongan muda dan membawa agenda pembangunan lestari dalam menerokai sumber asli tanpa menggadai nilai-nilai Islam. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

Rakyat Johor Tahu Siapa Sebenarnya Sombong Dan Bongkak, Akan Tunjuk Di Kertas Undi – Akmal Saleh

Rakyat Johor Tahu Siapa Sebenarnya Sombong Dan Bongkak, Akan Tunjuk Di Kertas Undi – Akmal Saleh

17/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd