• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Kelantan Tingkat Usaha Dekati Pengundi

oleh Ahmad Albab
31/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – UMNO Kelantan akan memperhebat usaha mendekati pengundi terutama yang digolongkan sebagai ‘pengundi bermastautin’ supaya mereka bersama-sama kerajaan Barisan Nasional (BN) membawa kemajuan di negeri ini.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata pengundi bermastautin itu termasuk penduduk kampung, mahasiswa dan pegawai kerajaan yang tinggal di Kelantan.

“Dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan hari ini, kita ada membincangkan apa yang perlu kita lakukan terutama dalam usaha mendekati pengundi terutama pengundi yang bermastautin di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kacau Bubur Mastura 100 Kawah di Dataran KADA Kok Lanas di sini.

Anggota Parlimen Ketereh itu berkata hubungan rapat dengan pengundi amat penting supaya mereka dapat bersama kerajaan BN dalam usaha memajukan Kelantan.

“Kita tahu kerajaan pusat mempunyai rancangan besar untuk Kelantan termasuk membina rangkaian keretapi baharu bagi Pantai Timur, menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, menyambung pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur hingga ke Kelantan dan membina dua jambatan baharu di sempadan antara Kelantan dan Thailand,” katanya.

Beliau berkata rancangan memajukan negeri itu perlu mengikut arus perdana supaya ia memberi faedah terutama kepada golongan muda selain meningkatkan kemasukan pelaburan dan menyediakan peluang pekerjaan. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Annuar Musa.UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bangsa Johor boleh membantu menunaikan hasrat Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming untuk melepaskan jawatan menteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd