• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Johor Nafi BN Hilang Majoriti Dua Pertiga – Jais

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Badan Perhubungan UMNO Johor menafikan Barisan Nasional (BN) di negeri itu hilang kuasa majoriti dua pertiga susulan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Shahruddin Salleh meninggalkan UMNO.

Setiausaha Perhubungan, Datuk Md Jais Sarday, berkata dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang BN Johor hilang kuasa majoriti dua pertiga juga tidak tepat kerana BN masih mempunyai kuasa majoriti dua pertiga kerana mempunyai 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, beliau sudah mendapat pengesahan dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang menjelaskan BN masih mempunyai kuasa dua pertiga kerana mempunyai 37 kerusi manakala pembangkang 19 kerusi.

“Di Johor ada 56 kerusi. Jika hendak mendapat kuasa majoriti dua pertiga, perlukan 36 kerusi. BN sekarang ada 37 kerusi, maka BN masih ada kuasa majoriti dua pertiga.

“Bermakna apa yang didakwa pembangkang itu sebenarnya tidak tepat. Mereka hanya hendak mewujudkan suasana panik kepada rakyat Johor. BN Johor masih ada kuasa majoriti dua pertiga,” katanya hari ini.

PPBM dan Parti Amanah Negara semalam mendakwa BN Johor kehilangan kuasa majoriti dua pertiga buat pertama kali dalam sejarah susulan Shahruddin keluar UMNO selepas dilantik menjadi Setiausaha Agung PPBM.

Md Jais turut mengesahkan baki 37 ADUN BN di Johor merangkumi 31 ADUN UMNO, dua dari MCA, satu ADUN GERAKAN dan tiga MIC turut menyatakan taat setia kepada parti dan kepemimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin. – BH Online 

Sumber: www.umno-johor.com

Tags: JohorUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa syukur apabila Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd