• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Keluar Dewan Tidak Profesional – KJ

oleh Ahmad Albab
22/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Tindakan beberapa anggota Parlimen pembangkang keluar dari Dewan Rakyat semasa pembentangan Bajet 2017 semalam dilihat satu tindakan yang sangat mengecewakan dan tidak profesional.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata walaupun mereka bebas untuk bertindak sedemikian namun sebagai anggota Parlimen, mereka mempunyai peluang untuk membahaskan bajet tersebut di Dewan Rakyat selama dua minggu.

“Pada ucapan belanjawan saya lihat kita harus mempamerkan tindakan profesional, semalam ialah peluang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebagai Menteri Kewangan untuk bentangkan bajet.

“Kalau tidak setuju boleh nyatakan dalam ucapan, perbahasan dan sebagainya, ramai yang kecam tindakan tersebut kerana ia kurang matang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fit Malaysia peringkat negeri di sini hari ini.

Anggota Parlimen pembangkang daripada DAP, PKR dan PAN serta Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak keluar dewan ketika pembentangan Bajet bertema ‘Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh’ masih berlangsung.

Anggota Parlimen pembangkang turut membuat kecoh dengan mempamerkan plakad bernada sinis sebelum bertindak demikian. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddinpembangkang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tidak Berhak Ganggu PM Bentang Bajet – Nik Abduh

Next Post

Bajet 2017 Pacu Pembangunan Industri Halal Negara – HDC

Related Posts

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

07/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh hari ini apabila seorang wakil pembangkang membangkitkan isu orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri...

Pembangkang Tiada Kekuatan Bawa Usul Undi Tidak Percaya – PM

Pembangkang Tiada Kekuatan Bawa Usul Undi Tidak Percaya – PM

11/01/2024
0

Pembangkang tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan usaha menumbangkan kerajaan pusat sedia ada dengan memulakan undi tidak percaya di Parlimen, kata...

Next Post

Bajet 2017 Pacu Pembangunan Industri Halal Negara - HDC

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd